Showing posts with label uitm palam. Show all posts
Showing posts with label uitm palam. Show all posts

Sunday, December 30, 2018

Interview

Assalammualaikum all
so for today nak bagitahu psl aku dapat IV kt satu firm arkitek kt Ipoh.

tarikh Iv tu semalam ( khamis 3.30pm)
dapat whatsapp hari rabu kul 11 pagi.
Masa mula2 dpt tu mmg excited gak r.
sbb berpuluh2 resume hantar, dgn apply kt jobstreet lagi, hampeh satu respon pun tak ada.
Dpt whatsapp tu masa kt ofis. syok sekejap, lepastu terus kalut. Sbb tak prepare apa2 lagi. Dah la kat ipoh. Dah la aku pun takleh track company tu aku apply bila dan dari mana. Jobstreet or direct.
Jenuh belek balik emel & jobstreet. kt jobstreet tak tahu cmna nak cari balik history yg mana dah apply. kt emel plak tak jumpa. lepastu cari kt fb kot2 dapat dari situ. Rupanya ada.
Nk kena tahu tu sbb aku bnyk kali update resume & application post tu.. mula2 gaji tinggi, makin lama makin rendha. mula2 graduate architect, lepastu any post vacant je. Haha...
Nak kena recall bnda2 tu semua, penting sbb nak tahu nnt kalau dia tnya psl gaji ka apa ka..
Lagipun nak kena check balik company tu sapa, nak kena tahu la serba sikit ttg company tu.
Last skali jumpa la semua.

Psl resume and company tu satu hal. Portfolio tak siap lagi ni. Tu yg kalut sket tu. Nak kena print. Mana nak cari tempat yg print murah dan boleh cepat siap. Mula2 nak pegi Linggo kt Prai, tapi last2 buat kt kepala batas je, sbb nak balik amek softcopy kt rumah, nak patah balik ke prai tu makan masa, minyak lg, jem lg. Nasib baik la harga sama dgn linggo. 118 oage mostly half colour. Rm111. Oklah.. kaler rm1 per page. B/W 50sen per page.

Cuak jugak masa nak prepare semua tu. Dgn dok fikir cemana nak jwb interview ni. Sbb tak pernah lg interview kerja. Masa dulu2 interview nak masuk belajar je masa degree lama dulu dgn master baru2 ni. Satu lagi belum pernah di interview oleh chinese.




Interview hari khamis pukul 3.30 ptg
Aku g ngn parent aku diorg nak ikut. Bertolak kul 11suku, sggh mkn kt k kgsar, smpai ipoh dlm kul 2.stgh. smpai kt area rumah kedai ofis tu dlm kul 2.40. kul 3 aku dah tercegat kt tangga ( ofis tgkt 1 rumah kedai). Aku baru nak tekan bell, tetiba ada sorg minah ni turun. Nampak gaya mcm interview jugak. Bila tanya dia betul la dia interview jugak. katanya kejap je dlm 15 min je. Cuma tgk portfolio n sembang2 biasa. Lega la jugak aku. Lepas dia chow aku naik. tak dan seminit duduk trus pggl masuk bilik bos utk di interview.

Aku masuk dgn cuaknya. Lepas casual greeting & brief intro, dia mntk nak tgk portfolio aku. So aku pun tunjuk la portfolio aku. Satu2 aku selak tapi briefly sekali lalu je go through psl projek aku. Dari urban design sem 1 smpai la habis design thesis sem 4. in full english. Lepas dlm 8-9 min mcmtu, hbis tunjuk portfolio Master aku. Then aku tunjuk pulak portfolio degree & work experience. (yg tu aku buat masa nak masuk master) yg part belajar tak tunjuk pun, trus skip waktu kerja. Aku tunjuk dan explain jobscope, dan compilation of works yg aku dah buat. Aku cerita la yg aku dah merasa baut semua jenis kerja dari schematic design, to presentation drawing, to working drawing, detail drawing, submission drawing, tender drawing, construction drawing, documentations, porject management, meeting minutes, site meetings, technical meetings, liason with authorities, engineer, contractor, etc. Selama aku kerja 2 tahun as assistant architect. Masa tu mmg aku kaw2 jual diri aku pasal aku tahu bnyk ttg project & contract management, siap sebut lg lecturer pun admt yg aku ada pengetahuan yg advance dlm topic tu. haha.
Lepas tu dia present pulak portfolio ofis dia, dlm 3 mins ttg apa yg dia buat. Kalau ikut, design dia cantik2, canggih, jenis client yg ada duit. banding dgn hasil kerja aku, mmg jauh sekali la. Bnda sekadar ada je.

Then dia tanya psl boleh ke kerja sini sbb dia tnya aku dok mana, ak ckp penang. Pstu aku ckp la aku boleh je. dia tnya single ke. aku ckp y a single. Aku ckp ipoh ni bukan la tmpt yg asing sgt sbb aku buat PART 1 kat Seri Iskandar. Design thesis pun site kat batu gajah. AKu pun masih single, masih lg blum ada planning yg tetap utk career & life aku. So kalau aku dpt kerja dgn dia boleh la aku settle down kat ipoh dan teruskan kehidupan kt situ. Sbb dia ada ckp staff dia kebanyakannya dah lama, dan dia taknak la org dtg kerja dgn dia kejap2, je lepastu chow.

Pstu dia tnya psl gaji. Aku pun masa tu trus terang dgn dia ckp yg aku apply for any post vacant, so depends on post la. Dia kata aku layak PART 2 Architect la. So aku pun terus terang just cakap yg gaji tak kisah, 2.5k pun aku terima asalkan berbaloi dgn workload. (aku sebenarnya desperate, sbb sebelum ni aku letak salary expected 2.7k pun takde respon. mmg rendah gila babi punya.) Aku tanya dia psl work culture ofis dia cmna. Dia ckp jrg la kena stay OT. selalunay dia bagi je balik on time asalkan kerja siap.
Then dia kata dia xleh bg jawapan dlu sbb dia kata tahun depan baru boleh bagi jawapan sbb dia tgh tggu ada projek besar dia nak dapat. Projek tu on, baru dia boleh hire new staff. Dia kata latest is before Chinese New Year.
So dengan itu, tamatlah interview aku dgn dia. Aku pun balik la.

Kesimpulan dari interview ni aku pun tak tahu la nak kata if it was a success or not, apa chances aku. Kalau ikut portfolio, mmg design aku out, siap dia point out 3d aku xrender. (pc aku rosak mas tu sbbtu tak render, just save jpg, pastu photoshop je overlay layer2 lain2). Tapi bonus point aku psl aku tahu seri iskandar & batu gajah. katanya projek besar dia kt area2 situ. Psl skill aku, mcm english & contract management aku tak tahu la org lain mcmana. Sbb aku english pun terabur jugak. COntract management tu kalau sapa2 handle projek, kerja lama, tahu la. Dan aku tak tahu pun dia nak ke org with such skill? sbb dia pun tak tanya sgt psl bnda tu masa interview, so dia takda la evaluate aku or tahu skill aku tu tahap mana. hmmmm
Aku pun berbelah bahagi sebenarnya. Ipoh ni jauh. kalau taping tu okay la lagi. Xdpt pun takpa. Tapi tak tahu pulak bila la aku nak dapat kerja lain. ada ke? So dapat pun oakay, tak dapat pun okay. Mcm takdela mengharap sgt kan. so, pray for the best.

haha Tebal portfolio aku weyh, 118 page smua. Aku malas buat baru. Guna balik format dan segala isi design report. Cuma tambah2 kerja2 semester yg lain je.


Ok lah kawan2 untill then. tata

Thursday, August 30, 2018

Habis at last

Assalammualaikum all
Holaaa
Aku just nak sampaikan berita baik!
Result baru keluar khamis haritu, aku lulus semua subjek! Dah grad!!
Alhamdulillah
wohooooo.....

so the sweat and tears selama 2 tahun.. yattaaa!!!!

so ni la gmbar aku time final crit haritu..





Utk design thesis kali ni aku buat 15 strip (841 x 1800), bersamaan dgn 45 A1!
Tercirit tahu tak nak buat natang ni. Tapi 2 sem punya kerja.

So next, prepare portfolio utk kerja pulak.. Sambil rehat, sambil prepare.

ok all, untill my next update ya. stay tuned gais. Nnt aku cerita pasal aku punya journey buat design thesis ni. Ye lah sbb setahun mmg kurg update, boleh kata takda la apa2 psl design thesis projek ni dgn subjek2 lain.. so sapa yg nak tahu lebih lanjut pasal master uitm ni macamana boleh la nanti2 kan post ni. tak tahu bila. so, in the mean time, sit back, relax dan terus folo blog yg xseberapa ni ye..


p/s : sori lmbt sgt update. sbb busy. ceh dah habis takde buat ape pun busy. haha. tambah2 aku ni mmg procrastinator tegar kalau bab2 macam ni.. hehe



Monday, July 30, 2018

final days in palam & proses balik

Assalammualaikum all holaaaaaaa
kali ni saja nk update korang

baru jap tadi parent aku datang. Nak bawak balik sikit barang. ya lah, dah habis belajar so berambus lah dari palam ni. problemnye barang aku bnyk gila babi.
apstu aku ada dlm seminggu lebih lagi kat sini.
so barang yg nak bawak balik tu mg bnyk, tapi still bnyk jugak yg tak boleh bawak balik lagi mcm kipas, meja, pc, rak baju etc..
so tadi aku bawak balik buku2, rak buku, tmpt gantung baju dan baju2. Bwk balik brg tu rsanya bnyk dah, tapi bilik aku macam xluak jugak. haha
aku ni mmg jenis bnyk barang. mmg macam pompuan. sbb terikut mak aku rasanya. Banyak2 barang yang dok ada ni pun, tak semua akan bawak balik. ada juga yg nak ditingglakan kat sini. mcm mug, kole, periuk tu tinggal la bg kwn2 dan penghuni rumah ni guna. kerusi, meja pun mungkin akan tinggal jugak. almari dan tilam nak bagi kat abang, hantar ke puchong.
masa pindah haritu pun 6 trip guna myvi pindah barang. tp sbb campur membe punya dgn barang2 yg nak dipakai utk rumah (common stuff) mcm dapur, periuk etc.  but still brg2 tu xbnyk mana pun, dan dgn barang2 mmbe tu still bnyk gila brg aku. Weekend ni aku balik. angkut mana yg boleh dgn myvi. Minggu depan, dtg balik KL, singgah sni angkut lagi mana yg tinggal.
so kira 3 trip la barang2 aku. kalau tengok secara kasar macam ngam2 la. tapi xsure lagi. haha..
Parent aku dok homestay. Apartment yg cantik dan mahal, sebelah aprtment yg aku sewa ni. nice gak.
Nama hometay ni signature Homestay. Residensi Warnasari 2, Bandar Puncak Alam. ada page FB.








Ada swimming pool. lama tak mandi kolam. hehe.


Haa lagi satu, moto aku dah hantar dulu.. abg fathi AFZ jugak yg bwk balik. aku mnta dia hntr trus ke bengkel dia. letak kt sana. nnt dah habis aku ke sana. ada jugak nak repair sikit2 ni. Aku pun tak tahu la dgn nasib moto ni. igt nak jual. Xlarat aku nak sara moto ni. sbb lepas ni nk kena kmpul duit kaw2. tak leh main2 dah. umur dah lanjut. nak kena sediakan macam2 utk masa depan nnt.




Reason aku balik lmbat lagi ni sbb nak siapkan design report. Dgn dissertation
actually dissertation aku pun xsiap lagi. Sebenarnya dah submit, markah dah masuk, aku lepas je, cuma nak edit based on comment dan proceed utk print, bind hardcover. Tapi tu la, Sv aku msih lg xsiapkan lg komen2 tu. dia baca dan bagi markah je mula2 tu sbb dia busy sgt. xpe la. lambat pun lambat la asalkan aku lulus. itu je.
Design report pulak aku dah nak siap dah. cuma tinggal nak edit sikit2 dan nak print je. Utk kali ni lect taknak buat standard report hardcover, dia nak buat magazine style. So kena baut cantik2 la. AKu tak pun, just crop dari board je, tampal kt words. haha. malas do. lagipun dah xleh la nak baut keje bnyk2 skrg ni. malas.
Aakhirnyaaa... dah habis belajar kt palam ni unoficially. Habis LAM PART II Master in Architecture.
Lama tak balik penang. last balik mengundi haritu. Raya haritu cuma balik kampung je. xdan nak balik penang. Cuti kejap je. Sbb nak final. bukak je lepas cuti raya tu trus exam week. lepas tu ada final crit (submission). The last one. so mmg all out.

ok lah all. sampai sni je la dlu. nak out dah. ngntuk weyh. penat weyh angkat brg bnyk2 ulang alik naik turun tangga tingkat 2.
until then, cheers!~


Tuesday, December 12, 2017

Post crit 3

Assalammualaikum all
Critique session 3 happen on 22 november. about 3 weeks after second crit.
for this crit also like last crit. not too bad but not good either. so-so. ok la, at least lepas. tak bnyk sgt komen. cuma supervisor aku tak ada waktu crit, dia dtg lmbat. tp kalo dia ada pun xde la dia backup sgt sbb dia senyap je. so mmg aku kena bantai je la.. huhu.. kali ni punya crit pun sama mcm sem lepas biasa2 je dan bnyk outstanding. bnyk gak la benda yg tak lengkap. so nk kena tambah utk next crit.  disbab gap masa sgt sikit, dlm 3 mggu macamtu je.. aku pulak berehat boleh kata pnjg gak la.. ye lah, sbb dari awal sem lg aku mmg pulun buat keja tak henti. bila dah confirm tajuk tu aku lega la sikit. penat tak hilang lagi 2 bulan bertungkus lumus.. so dlm seminggu gak la aku xbuat design. jadi takde la bnyk sgt aku produce. lepas tu pulak baru nak tunjuk dissertation. sebelum ni mmg xpernah tunjuk. problem gak disert aku tu sbb main buat je dulu. takde reference takde ape. sukati syok sendiri je. masak gak.
tapi before crit tu aku sempat la jumpa panel aku utk tutorial. smggu lebih setting tp tak dapat gak celah nak jumpa. busy betoi. last skali dpt la tp kejap je la. tp xpe la at least jumpa. sbb tak pernah jumap dia lagi. lgpn dia panel yg plg dominant.
ok lah. thats all for now. aku pun busy nak buat kerja lain ni. nak prepare utk crit 4 (final utk sem ni).


Monday, November 27, 2017

Post Crit 2

Assalammualaikum all
sorry for not updating. superbusy
actually 2nd crit ni pun dah lama. 2st november haritu
ok lah, ill tell you straight to the point
kan haritu on my 1st crit i didnt do well kan.
i have to change a lot of things. tajuk pun ubah sikit. then semua bnda mcm thesis summary, site, precedent semua kena tukar. then utk crit 2, kena tunjuk balik all the stuff yg patutnya dah proceed crit 1 haritu, plus all the new requirement. imagine i have to redo about 75% of the work, including site visit. mmg gila.
so for almost one month i do work everyday morning untill late at night, sometimes at 3am to 4am almost daily. Nak siapkan kerja yg berlambak2. almost double the workload utk kejar dateline for crit 2. tak kira dgn other subject punya assigment lagi. mmg kalut gila
hari nak crit tu, pukul 2 crit, puku 1.45 kena pin up dah, aku pukul 9 stgh baru hantar print.. selalunya aku akan print siap2 malam sebelum. kalo submisssion/crit pkul 10pg pkul 2 aku dah print. kalao pkul 12, pkul 5  aku hntr print. ni paling lewat la. dah la xsiap jugak.
mockup model pun buat time tu gak.. dlm sejam macamtu je..

Aku smpai awal sempat la pin up on time. pm faridah mmg pantang kalau lambat. dia mmg punctual. tambah time crit. lagi la.. jgn buat main, silap2 boleh fail. Crit kali ni ada external panel. akitek dari firm luar. setiap crit panel akan dpt sorang arkitek luar. Aku punya turn no 2. yg first kena macam teruk la gak.. aku tunggu je aku punya turn. orang lain mostly buat 3 strip. tapi ramai gak yg buat 2, dan 2stgh. dgn 3 strip yg asal. sbb panel luar ni baru 1st time datang, so dia nak tahu la dari awal apa yg kita buat. kena present & cerita all over again. diorg mostly pakai yg lama.  ada segelintir je yg print baru. tu pun setakat 1 or 2 strip. utk aku, aku buat 6 strip, semua skali, baru. print 6 strip trus sbb buat baru semua dari strip 1. ye lah kan dah nama pun kena tukar bnyk gila.
so tiba lah turn aku. aku present dgn penuh semangat. First aku punya panel akitek jemputan tu mmg dgr dgn penuh minat aku present. dia mmg bagi perhatian, bnyk bertanya dan renung2 board aku. so end up aku present tu lama, ada 20 minit kot, present bnda yg cuma outstanding, yg patutnya setelkan crit dulu, yg mrkah utk crit 2 ni cuma 10%. lepas habis lebih kurg part tu, akitek jemputan dia pun caw. dia blah je, mmg kaw2 aku kena dgn panel lain. dia marah la nape aku present tu lama sgt, padahal diorg mmg tahu kan, mmg yg diorg la reject proposal aku, so mmg la aku kena present balik. akitek jemputan tu pun mmg curious dgn apa yg aku buat, so xkan la aku nak skip aje... lepastu utk design punya part, markah 60% aku cuma present 10 minit je. tu pun mmg bnyk yg xckup dari segi requirement, ye la sbb mmg aku xsempat nak buat. buat pun ala kadar je. lect pun xdpt nak komen bnyk. aku pulak jenis xreti design. mmg kena la. hmmmmm...

utk crit kali ni aku pun xtahu la nak fikir apa. nak rasa lega ke nak sedih lagi. lega sbb tajuk aku dah proceed. at least xde la hanging xda arah tuju xda confirmation. cuak kot masa tajuk x confirm lagi. tapi still rasa takut gak sbb aku xdpt tackle part yg plg bnyk markah.. da la markah tu confirm rendah, lepastu tu mmg bnyk gak la kerja aku utk next crit ni. nak setelkan outstanding yg ni lagi. xpelah, at least dah lepas crit 2 ni. ive done my best, i pushed myself to the limit. and now, hope for the best.

so ni je lah utk penulisan kali ni... untill then, chow



Wednesday, January 25, 2017

permulaan cuti sem

Assalammualaikum
haluu semuaaa
saje nak bagitahu, aku da sampai umah
home sweet home
lepas hantar assigment isnin lepas mmg best. syok je. siap pun dkt kul 5 lebih. hntr kul 5.. mmg tak la nak balik haritu. so aku follow plan B, balik esoknya. tak la sampai malam. da la hujan.. dlm seminggu ni mmg hujan je kejenye. dgr kata kt tempat lain pun senitasa hujan. jadi molek la aku tak balik haritu. lepas hntr je assgmen ptg tu, baru la dpt g mkn. aku xmkn lagi sjak bfast pagi tadi tu.
lol im like that. selagi tak siap, selagi tu tak fikir benda lain, especially bila nk submit/print on that day. you know how i really love food, my priority is to eat. tapi sbb keja, it the other way. eating is the least important thing. masa makan tu pkul 6 hujan lebat gila. mkn kt mamak. ;lapo nasik la katana. mana nak cari nasi lauk lewat petang mcmtu. malam tu aku rehat la. letih kot ngntuk. kemas2 sikit barang2, tapi terlelap. pagi tu bangun sambung lagi kemas2 barang dan cuci workstation aku kt bwh kt ruang tamu. bilik dah kemas dgn roomate sebelum dia balik haritu. workstation tu je belum kemas. sbb pc dah cabut tanggal semua senang la nak cuti meja tu dengan bawah dia.

siap punya siap tengahari jugak aku balik. kul 12 baru gerak. sepanjang jalan hujan. ada certain2 tempat jamm teruk gila. tapi takde ape pun. hampeh. siot je.. penat kot drive sorang2. da la xleh speeding laju sikit sbb hujan. so ak sampai umah dlm kul 6 gak la.




cuti ni banyak pulak benda aku nak buat. serius banyak gila. cuti sekejap je sebulan tapi berlambak benda aku nk kena setelkan, rasanya macam cuti ni tak cukup je?. eh aku ni mana pernah cukup cuti bagi la 4-5 bulan pun, xpernah puas. lol
antara benda yg aku nak baut ialah update blog ni, psl bnyk benda dlm kepala aku nk luahkan dan nak share. cth psl belajar ni, psal architecture, psl master.. (aku ada janji ke ngan korang nk share hasil kerja aku dulu2 masa part 1 bsc degree tu? lol. ni nak share gak ke master 01 punya kerja? aku pnya kerja ni biasa je, bukan power pun. cukup2 nak lepas je. nak tunjuk pun segan), lepas tu nak cuci gambar masa kawin kak aku dulu yg xsempat nk buat, nak cuci gambar  travel yg sebelum masuk sem haritu( aku ada janji kan kt korg nak cita tu kt blog kan? takpe yg tu aku igt, nantikan ye), nak buat research sikit pasal isu2 yang bakal aku buat utk proposal design thesis sem 3 nanti (lambat lagi tapi better start early, ni dari advice kawan aku sendiri),  nak baca pasal benda2 ilmiah yg boleh tambah ilmu pengetahuan dan kematangan fikiran,(yg ni lecturer aku masa master baru2 ni yg sedarkan aku betapa pentingnya banyak membaca terutama bab2 falsafah, penting tu, kalau ada masa aku buat la entry dlm blog ni nanti), ada nak buat design sikit, aku ada idea dan nak luahkan idea tu dlm bentuk plan dan form 3d (ni saja suka2 nak buat, tapi mmg niat lama dah), nak pegi ofis jap nak tgk progress kerja2 yg aku tinggal haritu apa jadi(boleh la aku belajar sikit2 sbb rugi la kan kalau tak tahu), dan even cuti ni pun aku akan follow family aku travel. ada la, nanti aku buat entry dalam blog ni. korg tggu je k. pegi kejap je, tgh bulan 2 ni, so in shaa Allah sempat aku tulis sebelum bukak sem bln mac ni. oh baru je dpt yg assgment yg aku buat kalut nak hantar haritu nk kena buat ammendment sikit. adoi... dengan ada assigment subjek yg lain yg dah siap lama dulu pun nak kena recompose utk compilation mcm buku. mati la nak... memang cuti tapi tak cuti la akuuu..... macam ni la master student archy. sentiasa sibuk. cuti pun sibuk.

ok la kengkawan aku stop dulu. banyak kerja nak buat. letih haritu pun tak hilang lagi. nak rehat lagi, buat kerja lagi. hahahaa
cheers!~