Wednesday, October 7, 2015

Bahasa Kebangsaan kita vs Bahasa Inggeris

bukan aku kata yg speak english tu maju, nampak up, nampak moden, bukan gak aku cakap kalo guna bahasa malaysia tu kolot & tertutup, bukan jugak aku kata yang kalau tak speak english tak boleh maju, tapi kalau ada orang yg nak speak in english, nak belajar, nak asah skill, kenapa dia dipandang semacam & dilabel macam2, dicop macam2?? ape nak jadi dgn sesetengah golongan ni aku tak faham betul.

pada aku, aku mmg minat dgn bahasa inggeris, mmg akan cuba utk guna bahasa inggeris sebab nak kuasai bahasa tu. tapi tak bermakna aku ni lupa daratan dan kurang jadi melayu. nope. salah.
i speak english, dosent mean im less of a malay than you.

pasal bahasa inggeris ni, orang kata kita kena kuasai bahasa inggeris untuk maju, ada yang kata tak perlu. ok kt sini aku nk highlight,  ada yang betul ada yang kurang betul. kenapa?
ok, contoh negara luar macam perancis, jerman, dan jepun, itu semua negara maju yang tidak menggunakan bahasa inggeris. Jadi jugak negara maju, negara dunia pertama(first world country)
satu nak cakap, fakta dia, ialah penguasaan ilmu. diorg kuasai bidang ilmu. dan industri terjemahan buku diorg sgt laju, cepat, efisien, cekap dan pesat. Diorang ni memang membudayakan membaca. kita ada? banyak yang malas nak baca. tulis kt whatsapp, fb kalau panjang sikit da malas baca. apatah lagi kt web dan terutama sekali buku. dah la tak baca, beli pun taknak. so, macam mana tu??
bahkan, buku pasal bahasa melayu pun ada dalam bahasa inggeris sebab mat salleh yang buat kajian dan mengkaji bahasa melayu ni dan bukukan dalam bahasa inggeris. dan banyak dari buku2 tu xditerjemah semula kpd bahasa melayu. ada orang kata banyak buku tak dialih bahasa sebab orang kita pandai BI. itu pun betul, tapi yang paling utama sekali adalah rakyat kita tak membaca. itu fakta!

lagi satu attitude. kemajuan ni nak dapat bukan senang. dari semua segi. kebersihan, ketepatan masa, dan banyak lagi nilai2 sivik yang lain. kita ni dah la malas, xpunctual pulak tu. sampai ada "janji melayu" nampak sgt orang melayu ni mcmana. pasal kerja ke, pasal nak main ke, nak lepak sekali pun lambat. orang malaysia ni pengotor. kalau dalam islam ada nilai2 murni tambah bab kebersihan, bab ehsan, tapi kenapa kita tak amalkan? buang sampah merata ikut dan aje. sampai ada satu masa Sungai Juru tu masuk dalam ranking 10 sungai terkotor/tercemar dalam Asia. no 3 xsilap.

eh melalut pulak. patut isu bahasa inggeris. tapi memang la sebab benda ni berkaitan. bukan aku tak bangga dengan bahasa melayu. ya mmg aku akui ada parts dekat russia mmg diorg kagum sgt dengan orang melayu, budaya melayu, bahasa melayu etc. tapi kalau diorg tengok apa jadi dgn orang melayu kt malaysia ni mesti diorg pun xjadi nak respect. haha.
memang orang melayu ni hebat. tengok la dulu. orang melayu sampai merata tempat. sampaikan dikatakan christopher columbus yang jumpa benua amerika tu dia terima bantuan jurunavigasi melayu iaitu panglima awang hitam kalau tak silap. tapi telah dipadam dalam sejarah. kalau ada pun ditukarkan namanya mcm mat saleh jugak. ya sampaikan bahasa perantaraan antarabangsa ialah bahasa melayu. bahasa melayu sebagai lingua franca. masa tu lah. sekarang dah takde. ya memang kita dijajah, tapi kita tak naik pun lepas dijajjah tu. kita bukan tak pndai, bukan kita tak rajin. tapi telah dibrainwash oleh penjajah waktu tu kita ni jadi lah mcm tu. sbnrnya kita pandai, kita rajin. percaya, usaha dan jgnlah malas. tu je.

tengok tu dah menyimpang sekali lagi. mcm aku ckp tadi, isu ni berkaitan. dah mmg aku ni mcm ni. kalau nk bincang satu isu tu, semua topik berkaitan aku sentuh, barulah kita nampak bigger contexts, dan barulah adil. kalau kita narrow down, conclusion dan finding tak kuat.
oklah balik topik. bahasa inggeris. kita ni negara kecik je, kita yang p tuntut imu kt negara lain. sbb negara kita tak ada apa. dalam ranking top 200 universiti kt dunia ni rasanya dalam 5,6 buah je universiti kita.. tu pun tmpat yg ke-berapa ratus.. kita hantar orang kita ke luar negara utk belajar dan bwk ilmu tu ke negara kita. kalau mcm jepun, perancis tu orang yang datang ke negara diorang untuk belajar dan melacong. berapa juta orang luar masuk sana. banding dengan kita ni, orang pun tak hingin nak masuk. golongan tertentu saja yang datang sini. tanyalah rata2 rakyat luar negara malaysia kt mana, gerenti taktahu, ntah2 dengar pun tak pernah. yang diorg kenal, Petronas Twin Tower(KLCC).
sebab tu la pentingnya bahasa inggeris. investor luar negara pun banyak yang mainkan peranan dalam development dalam negara kita. bukan nak maksud kita bergantung hidup dengan mat salleh semua ni, tapi realitinya, situasi kita memang banyak interact dgn negara luar. kalau nak cakap pasal jepun, korea dan perancis, kita kena jadi mcm diorg tu. pencapaian negara diorg mencerminkan siapa rakyatnya. terutama sikap dan karekter orang2 dia.

kita banding dengan korea dan singapore. jiran dekat yang pada asalnya lebih kurang kita ja taraf diorg tu tahun 60an dulu. sekarang? jauh beza dari semua segi. kemajuan, education, sukan, ekonomi etc...
sebab apa? sebab atitude. sikap. walaupun mmg lah korea tak guna bahasa inggeris, tapi attitude tu. tgk mcm singapore, rata2 rakyat dia guna bahasa inggeris. tapi jgnlah sampai over mcm diorg sebab ramai antara diorg(cina) yang dah lupa bahasa ibunda sendiri.

Tuntas kata, bahasa inggeris penting, bahasa malaysia juga penting. boleh guna bahasa inggeris tapi kena dengan masa dan tempat, dan jangan lupa bahasa melayu. ada je budak2 bandar tak reti cakap bahasa melayu sebab parent tak pernah ajar. orang melayu tu. duduk kt malaysia tu. itu yang salah. itu yang kita tak boleh terima. tapi kalau setakat nak speaking english tak ada masalah la woi. kat industri luar tu mmg diorg ckp BI pun. walaupun tak deal dgn international tapi tetap guna BI. nak buat mcmana. kita tak follow, kita ketinggalan la. lepas tu meroyan kata kena diskriminasi dan racist. haha
tak salah kan, kalau kita nak acquire skill yang lain. skill bahasa melayu memang dah kita ada, tak salah pun nak asah skill bahasa inggeris. lagi bagus apa, banyak skill, bnyk ilmu, bnyk pengalaman, bnyk gaul dgn orang yang lain dari kita. baru lah minda kita ni terbukak, tak sempit.
betul la orang kata kalau bukan kita yang nak martabatkan bahasa kita, siapa lagi? adakah kita nak biar pupus bahasa ni? tapi pada masa yang sama kita kena kejar realiti. jadi di sini, kita martabatkan bahasa kita, jangan terlalu sangat guna short form dan imbuhan yang mengarut mcm jew, kew kerap sgt. tu tak dikira sebagai merosakkan bahasa sendiri? kepada orang2 yg butthurt tu korg bahasa malaysia SPM dpt A1 ke? A+ ke? pantun brpa bnyk yg hafal? gurindam? bidalan, perumpamaan? simpulan bahasa? brapa bnyk yang tahu? ada tak ajar kt budak2 benda ni? ke asyik bagi main tab, ipad dan fon je kt anak2 korang? cermin diri dulu weyh.  ada ke baca kisah2 hikayat yang lama dulu mcm merong, malim deraman, panglima awang etc.... novel ada baca? ke baca novel moden cinta cinta je? ciiitttt... pooodaaaaaahhh...

dan nak bagitahu jugak yang tatabahasa yang kita gunakan ni adalah tatabahasa moden yang dirangka oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP). bukan lah bahasa melayu yang asal. tak bermaksud apa2, cuma nak infom.
biar orang nk guna bahasa inggeris pun. xsuka takpa, diam dan xyah layan. dia xkacau kau pun.
dan sekali lagi aku nak tekankan kt sini, jaga bahasa kita, dan pada masa yang sama, terima hakikat dan realiti, cuba improve skill bahasa inggeris kita. kalau taknak guna bahasa inggeris jugak, xpe xkisah, janji jangan nak dikata negatif kat orang yang cuba.
skali lagi aku cakap, kalu tak suka tolong duduk diam2. kenapa nak bising dan label orang yg speaking english ni dengan macam2? sedangkan orang yang speaking pun tak labelkan orang yg guna bahasa melayu ni sbg kolot, tak maju, tak open etc. memang ada, tapi sikit, dan yang tu pun layak dimaki jugak sebab apa pasal pulak nak mengata orang ni. so kepada pencinta bahasa sekalian toksah la bsing sgt. lagi baik korang g bash bebudak yang rosakkan bahasa dgn shortform dan imbuhan yang ntah apa2 tu.

p/s: aku nak tanya kau orang yg bersemangat melayu dan kebangsaan ni, selalu tak korang pakai baju melayu? baju kurung? barangan yang kau beli buatan malaysia tak? mydin? bata? jenama 1malaysia? proton? demak?
perodua dan modenass xkira sgt la sbb rebadge, ok.
haaa jawab, jgn xjawab.
peace no war
jangan malu dan jangan segan utk komen. kita bincang sama2.....







No comments:

Post a Comment