holaaaa... Entry yg dinjanjikan dah tiba..
psal travel yg aku g sebelum masuk uitm bulan 8 tahun lepas. satu family pegi aussie. 8 hari. Sydney dan Brisbane.
1st day
flight kitorang dari KLIA naik MAS. flight pagi dlm pkul 9 lebih mcmtu. journey lebih kurg 8 jam. kitorg sampai airport Sydney sana 8pm local time. diorg 1 jam lebih awal dr msia. so means that 7pm waktu msia. sbb waktu tu end of spring, mmg kt luar tu dah gelap gila dah.. sejuk. porbably dlm 10-12c mcmtu. dari situ amek teksi tuju ke apartment. ktorg duk kt area surry hills. lebih kurg stgh jam dari airport. sampai je kt apartment tu kitorg agak terkejut sbb apartment tu besar. more than enough. ada 5 bilik. memula aku igt akan share bilik dgn pah, tido atas sofa ke ape.. tapi tak. katil pun siap lebih lg. lolzs. tapi bathroom satu je. nasib baik bawah tangga ada satu powder room, tp xda air panas. nasib la, janji ada jamban kalau emergency. malam tu kitorg masak megi je. dah letih la katakan. whole day journey. tapi rumah ni takde heater lah pulak. cuma ada air panas utk paip dan lampu pemanas utk bathroom saje.
Naik MAS mmg makan sedap
Siap ada outdoor dining dgn port BBQ lagi
day 2
sbb rumah takda heater, awal pagi tu aku & abah g the nearest supermarket, nasib baik dah buka, beli 2 unit portable heater. sbb mak sejuk sgt tak tahan. pagi tu breakfast nasi dgn lauk brahims
then, kitorg keluar dari apartment pkul 10suku. otw nak ke bus stop tu ktorg singgah supermarket yg tadi, beli opal card, iaitu kad macam touch & go utk transport. kt sni public semua pakai kad. kitorg naik bas sampai ke central railway station. Ambil pakej hop on hop off utk 2 hari & 1 tmpat(sealife). hop on hop off ni bas 2 tingkat, kalau nak naik kena beli tiket macam pass ikut hari. so berapa hari yg kita bayar tunaik turun la bnyk kali pun, boleh, unlimited sepanjang tempoh yg valid tu la yg kita dah bayar tu. dia punya route tu akan stop kat tempat2 yg tertentu, selalunya tempat yg menarik. so xrisau dah pasal tambang, stop & jadual bas. mmg selalu ada dlm lebih kurg stgh jam sekali. ada jugak pakej byr sekali dgn beberapa tempat menarik yg kita nak masuk. so kalo mcmtu jadi murah sikit. kitorg naik hop on bas tu around 11.30 lalu jalan2 dan tempat2 menarik mcm Darling Harbour, Harbour Bridge.
mcm ni la lebih kurg heater tu.
Ni la Opal card tu. kad mcm touch & go. lambang dia mcm google chrome
kt sni kitorg makan bekal roti sandwich. lepas tu naik balik bas dan turun kt Botanical Garden. kt situ tgk taman & bunga2, pokok2. jumpa cafe dan mengopi dulu....
lepastu gerak ke bus stop tadi, naik bas balik ke central railway station. Abg, kak, humai dgn hannah diorg jumpa kawan kak humai kt tempat lain. diorg xfollow balik dgn kitorg. Diorg jln sendiri. So, kitorg dari situ naik bas semula ke Surry hill kawasan apartment. tmpat turun lain sikit dari tmpt naik tu sbb situ jln one way. so masa turun ni lalu kedai turki halal jual kebab. beli la sikit. kebab ada, burger ada, ayam goreng pun ada. sampai rumah masak nasi sikit, dgn lauk kari letak telur rebus. so makan nasi dgn makan sikit benda yg beli kt kedai turki tu tadi. Abg balik lmbat. smpai msa tu dkt kul 10 kot. lepas tu kawan kak humai pun ada dtg skali. diorg tlg setting simkad utk data. jenuh jugak buat. last skali cuma boleh baut kt iphone je. kt android taktahu kenapa tak boleh. kakak punya phone boleh je sbb suruh org kedai tu tlg buatkan. bila baut sendiri tka jadi la taktahu kenapa. jenuh google. lewat gak tido mlm tu.
acah2 culinary artist
day 3
Pagi bangun bfast megi. Pkul 9.45 gerak keluar apartment. macam biasa jln ke bus stop, naik bas ke central. Naik Hop On Hop Off hari last. Hari ni masuk ke Sea life kat Darling Harbour. Masuk Sealife tgk pameram mcm Aquaria. bnyk tunjuk pasal ikan, & haiwan2 laut Austrralia yg lain mcm penguin, manatee, etc. Masa awal2 masuk tu baru perasan ipad abg hilang. rasanya tertinggal kat bas hop on hop off tadi. so cari nombor kt tiket & call pjbt diorg. luckily ada. so abg akn g amek lpas kuar sealife nnt.
Lepas habis tengok dlm Sealife tu, abg, kak humai & hannah diorg g ke pjbt Hop On Hop Off tu, nak retrieve ipad. Jumpa kemudian kt tempat lain sbb kitorg nak beli tiket naik bot nak pusing2 kawasan tu dgn nk tgk Sydney Opera House tu. Lepas beli tiket makan bekal nasi lemak brahims kt tepi sungai tu je. lepas tu naik bot. bot ni lebih kurg mcm Hop On Hop Off jugak. dia bnyk berhenti kt banyak jeti. satu tiket naik la brapa bnyk kali pun dlm masa yg ditetapkan. abg & family dia naik dr tempat lain. masa tu jumpa atas bot. masa pusing2 tu tgk la Sydney Opera House dari atas bot. best.
lepas tu turun kat Circular Quay. Jalan2 sikit. tgkp gambar sikit. bnyk jumpa org melayu kt sini. luls. Beli Fish & chip bawak balik. Dari situ naik ketapi balik ke central. Dari central naik bas sampai ke Surry Hill area apartment. Abg singgah beli pizza, aku beli ayam kt kedai kebab turki tu. Balik makan benda tu je. nasik ada la jugak masak sikit sapa yg nk makan nasi. mkn dgn lauk sotong dlm tin. malam tu tido awal. mmg letih. flat out.
day 4.
Lepas brakfast, pkul 10 singgah coles utk top up Opal Card. masa ni gak amek kesempatan repair kasut mak sbb lekang smlm. nasib baik ada kasut spare. Lepas tu dari central, amek train ke Blackwood. Journey about 45 mins kot mcmtu. Dari situ amek bas ke sanctuary, Featherdale Wildlife Park utk tgk binatang. macam2 binatang ada dgn ada mini show sikit. mcm biasa kitorg mkn bekal dlm tu.
Ketapi double decker kot
Macam biasa. Lunch bekal. Jimat & halal.
stesen keretapi di Blackwood.
Habis tgk binatang dlm kul 3.45 lepas tu balik ke apartment. penat. masa dlm train pun nak tertido. waktu da turun dr bas, msa jln balik, singgah kt kedai makanan turki tu. beli makanan. sbb mlm tu xnk masak. nak kemas2 dah esok nak gerak awal nk g Brisbane pulaks. Beli ayam & buat megi je. mlm tu pack barang dan tido awal. tp takda la awal sgt. kul 12 gak baru lelap.
day 5
Bangun pkul 4 pagi dan bersiap. Check out dari apartment pkul 7suku dgn maxi taxi. Sampai Airport dan check in. Airport dia ni besar, banyak terminal. lain gate lain terminal. macam asing2. waktu ni makan bekal megi & makanan semalam yg xhabis. Flight kul 9.45pg. journey dlm 2 jam lebih. Naik Qantas.(Australia pnya local airline company). Sampai Airport Brisbane pkul 11pg. Beli Go Card(sama macam Opal card, tapi kt sini go card. lain region lain company). Dari Airport naik maxi taxi ke Kangaroo Point, tmpat apartment kitorg. Kali ni apartment kitorg ada 2. satu apartment 2 bilik. so masing2 dpt bilik. Apartment unit sebelah sebelah tapi takde pintu through mcm hotel tu.
Breakfast bekal
Lepas check in tu, solat, lepas tu turun dari apartment, pegi ke sungai belakang tu, naik bot ke city centre. Bot tu free. City Hopper. sapa2 pun boleh naik bila2. mmg totally free xyah bayar, tapi ada stop2 tertentu. Smpai kt situ kitorg tuju ke QueenStreet, satu tempat yg mmg famous utk Brisbane city centre. Ronda2 kt situ sampai 8stgh malam, pastu balik. Sempat beli beras. Sampai apartment masak nasi.
Day 6
pkul 8stgh, lepas bfast kt cafe diorg, naik maxi taxi. Hari ni whole day di Gold Coast. Perjalanan dlm sejam lebih. Ronda2 jap tgk town. singgah tgk beach dia yg famous tu. mmg cantik pasir dia. kuning keemasan. mmg gold. lepas tu kitorg ke Sea World. Akan ada kt sini dari pagi sampai petang. Kt sini mmg macam2 ada. kebanyakan pasal haiwan laut & tepi pantai. Ada bnyk show lagi. Memang best sini. Masa kt Sydney haritu Sealife mostly haiwan laut je ni. Sni semua ada. Siap ada show lagi. Ada fun ride macam theme park. memang best. Kt sini yg plg enjoyable. bagi kami orang muda la. org tua takde la rasa sgt kot. takat tgk show tu bleh la.
Breakfast kt cafe apartment guna coupon
Rumah2 kt sini
Day 7
Pkul 9.45 pg, lepas Bfast naik bot. Tak naik yg City hooper free tu, tapi naik bot yg bayar. macam bas jugak. dia bnyk stop. kena bayar guna Go Card tu. Pegi st Lucia. Tmpat Universiti abah dulu. University Of Queensland. Dari jeti tu jln la ke taman perumahan, tk rumah sewa abah dulu. ada sampai sekarang. Jln2 yg selalu lalu, lepas tu Tunjuk satu rumah yg asalnya dulu adalah rumah persatuan pelajar malaysia dulu(now dah pindah). Jalan jauh gak. Sampai satu park ni stop utk lunch.
Lepas tu continue jalan masuk dalam campus. Universiti ni mmg sempoi. takda pagar pun. org pun bebas keluar masuk. besar kawasan dia. Cari fakulti architecture. mmg masih bangunan sama cuma baru renovate interior.
lepas tu jln lagi sikit, kul 3 naik bot dari stesen universiti g ke Queen Street shopping souvenir sikit. Lepas tu aku ngn pah balik awal, yg lain jln lagi. Lapar pulak mghrib tu. Goreng telur mkn ngn roti. Bancuh air. Lpas tu mlm tu bila semua dah balik makan nasi habiskan beras & lauk. Mkn kebab ada bwk balik sikit.
letih rasa mcm nk tido awal, tapi rasa mcm nk tgkp gmbar kt luar tu scenery malam. rugi pulak. esok dah nak balik. Pegi gak la. Awal gk mlm tu tido dlm kul 11 lebih lepas balik dr tgkp gmbar tu.
Day 8
Check out pkul 10pg. Beg letak kt reception dulu. sbb teksi dtg pkul 3. ada masa lagi. Kitorg jln balik ke city naik city hopper. Jln2 tgk kawasan tepi sungai. Naik Eye of Brisbane.
Lunch kt foodcourt sini. Kebetulan ada kedai halal. waktu ni mmg best makan.
Lepas makan naik bot balik ke Apartment, sampai pkul 3ptg van dah tggu. Journey dlm 40 mins mcmtu ke Airport. Boarding pkul 6ptg ke Sydney dulu naik Qantas. Sampai Sydney pkul 8mlm mcmtu. Dari situ, dlm pkul 9.40mlm bertolak ke KL. Sampai Kl pkul 4.40pg.
So itulah cerita aku....
hope ya'all enjoy it, after waiting all this time.
cheers!~
No comments:
Post a Comment