Assalammualaikum semua...
halooo!!
Happy New Year!
Happy 2023!
Ya setelah lama menyepi, kini aku kembali.
For this entry, bukan setakat nak ucap selamat tahun baru je, tapi jugak nak update tentang this new water Theme Park Bertam SOUK yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang yang aku g baru2 ni (cuti krisamas 2022).
FYI Kepala Batas ni, kat belah Seberang Perai Utara, (Mainland) bukan belah pulau yer. Dia kat kawasan paling utara pulau pinang, sempadan Kedah (Sungai Petani) dah.
Meh aku nak citer pengalaman aku g sana. Minggu ke 2 lepas dia buka. Sangat baru.
buka kul 10pg.. Come on, theme park kena la bukak awal. kul 9pg. at least kul 9.30pg. Dah la tutup pukul 5? like 10-5? wth? kalau buka kul 10, at least tutup pukul 6.30ptg...
Kami sampai kul 9.35pg. parking dah hampir penuh. Kat depan pintu dah penuh ratus2 orang.
9.55pg dia buka pagar, so kami ramai2 rush bergegas berhimpit, dari pintu depan ke kaunter agak jauh dalam 30m, lalu macam2 kedai makan diorg. Food court takde. Just macam gerai2 with limited seats.
Ramai gila orang. Kami sampai awal la jugak. beratur depan pintu sebelum dia buka. terus rush sampai ke kaunter. ada 5 kaunter je. 1 kaunter online, 3 kaunter biasa, 1 lagi kaunter utk beli kad local. Kad local ni, mcm kad prabayar, kena reload, dan guna kad tu saja utk apa2 transaksi dalam theme park tu mcm makanan, snek, merch, etc. Hanya itu sahaja mode pembayaran. Cash, e wallet, debit card, tak diterima.
Punya la ramai ratus2 orang cramped kat entrance tu. sistem yg sgt tak efisien. yang booking online tu kat satu je kaunter, tapi orang bersesak sesak kat situ sbb terlalu ramai sgt orang. Kat situ la nak beratur beli tiket, kat situ la tunggu online booking dipanggil, kat situ la gate utk tiket checking utk ke theme park.
Tempat letak barang/lepak tu ok la, kami datang awal, so takde masalah sgt. tempat berbumbung. selesa. ada kipas. Tapi sbb ramai org, padat gak la, kat tepi meja kami pun ada org lain tumpang letak barang2 diorang gak... kami ok je, sbb faham, dan diorg mmg mintak elok2... Punya ramai, sampai ada yang just letak barang dan lepak atas batu2, penjuru2, sebab takde tempat, terlalu ramai. Nasib baik la time tu cuaca tak panas sgt, so takde la yg merempat2 tu terkena terik matahari... tapi kesian la makcik yang tunggu barang duduk atas batu buatan. kau cuba la duduk situ sejam. macamana sakit bontot, sakit belakang. macamana dengan makcik2 tu duduk tunggu berejam jam?
Kat tempat kami lepak tu actually 2 tingkat. kat atas tu pun penuh. punya ramai orang tak tau nak habaq.
Kami mandi, mula dengan kolam yang cetek (dalam 1 kaki dalam/30cm/paras tulang kering), yang kolam budak2, tapi ada mcm permainan mcm gelongsor, bucket, air hujan pe semua tu.. Air dia sejuk gila weyh! Maybe sbb air tu circulate dan turun macam hujan dan sembur water jet, so dia ada cooling effect kot. Macam dalam cooling tower tu.. hahahahaaa..
Besar gak kolam tu.... Tapi macam biasa, too many dammed people, too crowded. Aku riso je dia runtuh sbb terlalu ramai org atas tu..
Pastu ada nampak yang kolam yang lebih kurang macam ni, tapi nak masuk kena beratur, dai macam ride, siap kena pakai topi. sebab mencabar dan bahaya la kot. Sbb dia macam main ninja warrior, bnyk maze dan obstacle. takde la extreme sgt... tapi still tak boleh sebarang masuk la .. huhu. aku tak masuk pun.
Baru buka 2 minggu, tapi dah nampak cat2 kat lantai kolam dah terkopek. Like seriously? Baru 2 minggu kot. Bukan setakat satu tempat, banyak jugak lah...
Ada satu tu paip bocor dia tampal guna kain & span je, melimpah meleleh air. lol
Loker kena bayar RM20 lebih, bagi yang tak ada orang jaga barang2 beharga. Dekat dgn tandas/changing.
Lepas mandi2 dalam kul 11stgh, balik jap ke tempat. dekat dgn tmpt kami ada cafe yg jual coffee & sedikit pastry. Cuppucino panas rm10. muffin rm12. 2 hot cuppucino & 1 muffin, total rm25+. Mahal. Its supposed to be no outside food policy, diorg akan check, tapi sbb terlalu ramai, diorg tak dapat pun nak check beg. Masa lalu dalm kul 11.50pg, nampak orang masih padat kat kaunter, tapi dirog dah tak guna gate tu. lalu je. sbb lambat kot, bile nak habis. da la bukak lambat, tutup awal.
Sambung mandi2.. Ramai org, jadi mood macam takde sgt. orang penuh sgt2.. nyampah lak..
time lunch pukul 1. Memang penuh semua food court. Nasi ayam habis, kena tunggu. Makanan memang mahal giler. mostly 1 plate RM16 keatas. Nasi ayam rm16. spaggheti rm16. Tapi variety memang banyak la. macam2 makanan ada. Western, nasi arab, nasi ayam, sizzling, bun and pastries, snek2 mcm waffle, air pun macam2.. tapi semua stall mahal dan sgt ramai. kena beratur.. Bayaran cuma guna card local tu saja. Kalau satu family pakai 1 card, so macamana nak beli serentak? beratur pulak bukan main panjang, lama.. time limited sbb operating hours pendek. habis masa kat beratur je laahh...
Tapi makanan ok la sedap la jugak. But still mahal la.... Kami beli makanan, kongsi2 je, sbb mahal sgt. Bekal tak seludup sbb diorg cakap tak bagi. Tapi kalau kami tahu diorg tak check, kami bawak jer. Huh!
Lepas rehat mkn jap tadi, sambung naik ride. Yang 4 orang satu pelampung special tu kami naik tu, beratur 45minit+ kot.. lenguh. Rambut sampai kering. Baju pun dah hampir2 nak kering..
Loker dia banyak, tapi penuh gak la.. Kami tak amek pun. Ramai gak yg sewa, mybe sbb takda org jaga brg. Tandas mmg terbaik, mmg aku puji. Sebab besar, bersih, cantik. Main toilet & changing dia. xyah berebut wlpn ramai sbb bnyk cubicle, semua function. ye lah baru lagi kan, so tak ada yang rosak. Dan dia jugak ada satu lagi toilet yang kecik sikit, kat hujung, so takyah la nak datang balik ke main toilet yg dekat dgn entrance. Dan, dia ada jugak mobile toilet yg dia sediakan letak di tempat2 strategik. so toilet is no issue. tak perlu beratur, tak perlu berebut, tak perlu tunggu lama, yang ni memang aku puji. Sebab aku risau gak bab2 toilet ni, selalunya kalau dah ramai tu mmg jamm lah toilet beratur..
Tak dapat main pool wave sbb terlalu ramai. Padat. takde selera. Yang bestnya, yang kolam sungai panjang tu, dia akan bawa ke satu pool yg besar dan agak dalam, rasa mcm dlm 4kaki stgh(1.3-1.4m). Pastu mcm ada air pancut mcm waterfall. best. Yang ni rare, rasanya kat tempat lain takde macam ni..
Pelampung pulak free the takyah bayar. Amek je. Return pun takyah kot, yelah kan, sbb tak ada gelang, tak ada extra payment, tak ada nombor siri.. Tapi kat mana amek pun tak tahu. Kat slide ada la letak stack banyak2, tapi rasanya tu for the sole purpose of the slide punya kot. Entah lah..
Tempat ni takde la besar sgt, rasanya lagi kecik dari Bukit Merah (yang kecik sikit je dari Tambun Lost World) tapi lagi besar dari The Carnival SP.
So kesimpulannya, aku rasa dia overprice dan mahal. tak berbaloi aku rasa RM71 (with tax after dicount, original RM80 rasanya) Bagi aku la, patutnya tak lebih RM60.....
However, it was fun, it was good. Enjoy la jugak, bukan tak enjoy. Cuma, nak repeat tu, ermm.. entah lah..
I just pray it wont ended like Sungai Petani The Carnival dan MAPS yang dah tutup tu.....
So thats all for me now..
Untill my next entry yang entah bila lagi... hehe
Cheers!
No comments:
Post a Comment