Sunday, June 2, 2013

Kenapa Orang Lelaki suka menipu


 Assalammualaikum kpd pembaca2 setia sekalian(mcm la ade, poyo jek, haha) entry kali bkn baru, tp bnda lama yg aku da tulis, bkn kt sni, tp kt fb note dlu. so enjoy~

KENAPA ORANG LELAKI SUKA MENIPU



UNTUK MENUTUP KESALAHAN/KELEMAHAN DIRI
Orang lelaki tipu untuk cover. cth kalo die lmbt, die akn bg mcm2 alasan padahal die sndri yg bgn lmbt tnpa sebab, leka, cuai, lupa ataupun sengaja lmbt utk ke satu perjanjian or pertemuan. Laki juga berbohong untuk menunjukkan mereka boleh mengawal keadaan sebenar. jaga market la katekan.


UNTUK MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN SEBENAR
Lelaki kadang kala tidak memberitahu keadaan sebenar contohnya die lewat ke satu pertemuan kerana menolong rakannya yg dlm kesusahan & memerlukan pertolongan, atau urusan keluarga, tetapi berbohong dgn mmberi alasan yg lain spt traffic jam or bgn lmbt. Hal ini kerana orang lelaki jarang menayangkan sifat budi penyayang kpd semua orang. Hal ini juga kerana selalunya orang lelaki sering mnjadi harapan orang untuk melalukan sesuatu kerja atau tugas. jadi, utk mengelak terlalu sibuk dgn hal itu, atau sengaja malas nk lyn kerenah orang, lalu die bohong je ttg kebolehan die & situasinya. Nak senang hidup la katakan. biasa la laki kn bnyk tanggungjawab, dlm family, dgn kwn2 lain dan gf.


UNTUK MENCARI PASANGAN IDEAL
Laki bohong ttg realtionship status die sbb die sndri sangsi dgn pasangannya. adakah ok atau tidak sesuai utknya. Golongan ini juga bohong kpd pasangan sndri & kdg2 mengorat awek2 lain yg die jumpa atas beberapa sebab
1. nk test kalo2 si dia jeles.
2. nk berkenalan dgn pompuan yg lebih rmai utk memahami diorg yg sgt complicated.
3. Saje seronok2


KERANA MEREKA FIKIR ITU NORMAL & SEMUA ORANG PUN BUAT
Hal ni sbb bnyk org laki yg ckp xbtol. so, diorg anggap bnda ni biase je, xde mende. slalu wat. orang len pun wat gak. kalo lelaki selalunya bohong tu jadi benda biasa.


MENIPU UNTUK MENGELAKKAN DARI TERKENA MASALAH
Orang laki tipu bile die diberi sesuatu tanggungjawab, die akn bg mcm2 alsan utk xbaut keja tu atas sbb takut xdapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dgn sempurna. Nnnt mcm2 mslh akn berlaku & nama baik diorg gak akn terjejas. Mereka juga tipu supaya xterkena tindakan atas kesalahn, atau kecuaian diorg sndri.


UNTUK MENGELAKKAN DARI MENJADI TAKBUR ATAU RIAK
Contohnya, kalo diorg ni terrer dlm satu bab atau perkara, diorg xkn ngaku yg diorg ni mahir, juz act baise2 je. Kalo diorg ni kaya or anak somebody, diorg xnak reveal identiti sbnr, so diorg tipu je la kte diorg ni org besa2 gak. Maklum la kalo org dok puji or pndg lain mcm kt diorg, nnt problem lak. bese la, malas nak ngaku, sbb kalo ckp xtahu senang. ad gak sbb malas nk ajar orang lain, sbb tu tipu jer..


TIDAK MAHU MENYINGGUNG PERASAAN ORANG LAIN
Kalo org tnye pape kt org laki ni, diorg akn bohong supaya xnk pihak satu lg ni terasa hati lak. Kalo ckp xcantik, benci, xsuka, marah, sakit hati, meluat, xsesuai, nnt org yg sensitif ni mudah terasa. So, bohong je sng. nk ckp kias2 or ckp selindung2 nnt lmbt lak or org tu xdpt tgkp pe yg nk disampaikan. org laki ni bkn suka bnda2 kompleks ni, nk cepat & senang. redah je. so, diorg end up bohong je. Rasa respect atau hormat kpd pihak satu lagi juga merupakan faktor utk melakukan pembohongan.


dan bnyk lg sebab mengapa laki suke bohong
sekian

No comments:

Post a Comment