Saturday, February 23, 2013

lepas SPM. tunggu result? apa?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Post kali ni agak menarik dan khusus berbanding sebelum ni. target group: post SPM candidates.
wlpun dah lewat, tp msih belum keluar result lg kn? so, apa cerita korang semua? Aktiviti yg dah jalankn? kerja? PLKN? belajar short course? tolong family? atau dok rumah je? hahaha xkisah la buat apa pun, asalkan jangan buang masa sia2 mcm tu aje.

xkiralah wlpn dok rumah xbuat ape2 xsemestinya mkn tido je kn? ye lah bnyk bnda yg boleh buat kt rumah tu mcm tolong masak, kemas rumah, cuci tandas, potong rumput siram pokok, jaga adik2, ajar adik2, hntr/jemput adik2 pg sekolah, tuisyen, kelas tambahan, ko kurikulum dsb.
dan ada masa ni p la amek lesen tu. kalau boleh motor dan kereta. walaupun selalu bawa salah satu (moto/kereta) tapi lesen kena ada dedua. skill kena ada dedua. standby kot2 nnt perlu. tapi kalau sbb kos yg tinggi xpala, satu je dulu. tapi kalau boleh bljr jugak bawa kenderaan yg xamek lesen tu sbb nnt kt U selalunya berguna. okeh?
kpd yg bekerja & yg sdg mengumpul duit utk sambung belajar, teruskan usaha anda berbuat demikian. later on, you will need a lot of money once you continue your studies.





bagi yg nk lanjutkan pelajaran ke U, dah tau ke bidang apa yg nak ambil? aliran? sains? akaun/ekonomi? bussiness? management & admin? social? cikgu? baaanyak sgt peluang2 yg ada kt Malaysia ini.
kat sini saya akn ceritakan

"How to?" versi "after SPM, road to University"

kt sini ada senarai ringkas tentang apa yg perlu kita tahu:


-kenali diri. SWOC (Strength, Weakness, Opportunity, Constrain)  dalam diri kita ni
-bidang yg ada di universiti
-course yg ad di universiti pilihan
-akreditasi pengajian di universiti tersebut

Dalam masa yg ada ni saya minta, for your own sake, do refer and make some research about yourself such as strength, weakness, talent, passion, advantage and disadvantage etc. And do research about courses and scope of job. ini adalah masa depan. bayangkan lah kalau kita salah pilih, berapa tahun punya regret? this is life changing decision. its crucial. kpd yang nk further spt engineering, medic, law or studio based course dlm built environment(archi, town planning, landscape, ID) nasihat saya sekarang ni kalau boleh & mampu xpyh la kerja. dok rumah rilek, you will never have the privilage of relaxing once you started your journey as a university student. hectic life. tough subjects. time consuming projects. tapi kalau family yg kurg berkemampuan da, boleh teruskan usaha anda. sebab kos2 trsebut memerlukan wang yg sgt bnyk, terutama masa awal2, nak beli tools & material. pinjaman, biasiswa dan elaun xmasuk lagi awal2.
Skrg ni masa yg ada sikit ni, try la surf internet tgk mana2 kos yg rs mcm best. tgk U mana tawarkan. tgk job dia mcmana nnt. try la tnya kt kwn2, kazen2, pakcik makcik, sedara2 lain apa2 saja ttg kos yg u all rasa minat & ada possibility untuk ambil. kalau ad yg tahu tanya la habis habisan, mcm susah senang, life yg macam mana, social life ada atau x, bljr kt mana, U mana ad tawar lagi, U mana plg bgus utk kos tu, nnt kerja apa, kerja mcmana, gaji mcmana, etc. tanya everything A to Z. then compare to yourself. do you like it. do you have what it take to be in that course?


SWOC

Ok, now we go on rating yourself. First and foremost is to know your strength and weakness. minat kita dah sedia maklum kita minat apa. but your minat does not necessarily can help you. Ok for example, kita minat dgn teknologi. suka dgn kereta misalnya. tapi kekuatan & talent kita ialah lukisan. terrer lukis. kalau ikut minat, kita akan ambil engineering kan? kalau kelemahan kita pulak dlm math, mmg xbole p punya. Engineering sgt2 pentingkan math, physic & talent kita dlm lukisan xmembantu dalam perjalanan kos yg akan kita ambil nnt. Ada satu saying yg saya jumpa di blog, katanya;

 Ikut minat penat, ikut bakat, berkat.

Tetapi, kalau nak integrate minat & talent, kita ambil yg hmpir & berkaitan. kalau dlm kes tadi talent in lukisan, minat in automotif or engineering, kita mungkin boleh ambil Industrial Art. boleh juga menjurus utk ke bhgian engineering. ini adalah cara dan taktik yg tricky, kita kena tahu bnyk la ttg kos2 & kelayakan utk sesuatu kos trsbut. Kita ambil yang kita rasa boleh lakukan, xsemestinya minat. Ada juga internet meme yg bagitahu,

"choose something you like and you never had to work a day in your life."

yes, thats true also. no doubt. by doing something you like, you do it willingly and automaticly because you like it. you enjoy it. you tend to explore more. When you read something, you always remembers it well because you simply like it. however, remember this, maybe it does not pays a good salary, can you live with it? how about if you might have to stay up late everyday working your butt of and had no social life, is it worth it? bukan setakat nk kerja, tp starting drpd belajar itu sendiri. kita ikut minat, tp kita xpandai dlm pelajaran. so kita struggle. orang lain rilek je, kita p library, study, beli buku mahal2 utk rujuk, xtdo mlm study & siapkan projek, xkemana2 weekend, x p jalan, xp aktiviti2 kt kampus yg sgt menarik. kemudian, result, average atau cukup2 makan. rugi
mesti igt, universiti bukan sekolah, bukan semata2 belajar akedemik. its so much more than that. you are in a phase where you learn about life. aktivit2 kt U bukan buang masa, tapi beneficial utk pembinaan karekter, build networking, jumpa macam2 jenis orang wtih different background yg kita tak pernah jumpa lagi. sbb itu bukan takat belajar 24jam.
yes, myb kita bljr sbb kta suka & nk lebih xplore & gred itu xpnting, asalkan kita dapat ilmu. tp mesti mau ingat, tu baru belajar 3,5 tahun. nnt kerja berpuluh tahun kalau mcm tu jugak? lagi satu, minat juga boleh dipupuk. pelan2 lama2 akan melekat jugak.





Untuk peluang(oppurtunity) cthnya dalam family ada bussiness. walaupun kecil2 tapi kita boleh kembangkan dan capai lebih jauh. so bolehla amek kos yg berkaitan bussiness tersebut, nnt da hbis belajar boleh kerja terus & teruskan perniagaan keluarga tu. kita boleh berbakti dgn keluarga kita, disamping job da secure.



utk kekangan(constrain) conthnya kita kurang sihat. ada lemah jantung(family trait) jadi xperlu lah kita ceburi bidang yang susah dan stress. akan memudaratkan kita kelak. lagi satu kalau kita bukan dari golongan berkemampuan, mungkin kita tidak memilih pengajian yang memerlukan wang yang banyak contohnya seni dan senibina. bukan takboleh ambil, tapi mungkin akan memudaratkan kelak. tapi jgn salah faham pulak, saya tak kata kos aki utk org kaya2 ye. saya akn terangkan tentang senibina atu Architecture dengan lebih lanjut di post akan datang Insya' Allah. so stay tuned, okay?



So now, sekarang kita dah kenal pasti SWOC kita. bagaimana nak memilih untuk belajar di mana? universiti? atau matrik? saya kurang arif tentang matrik, jadi saya tidak akan membincangkan hal itu dgn lebih dalam, cuma share sedikit experience & situasi yg berlaku di sekeliling saya. bagi yg akan further studio based course, tak usah la ke matrik melainkan tiada pilihan, sbb ap yg bljar kt matrik xbnyk persamaan dgn ap yg akn bljr degree nnt. saya akan ulas hal ini dikemudian post ye. promise.





lagi 1 say dgr bnyk org ckp kalau dia dari matrik atau foundation bila dah msuk degree ssh nak catch up sebab subjek agak advance. budak dip pun da advance sbb belajar bnyk. lepas tu subjek jadi bnyk sebab masuk tahun kedua, tp kena ambil beberapa subjek tahun pertama yg basic. Dan selalu terjadi seolah2 mcm biased utk pljar matrik ni bila diorg masuk ke U utk degree oleh lecturer. sbb selalunya kelas tu campur2 xkira drpd matrik, asasi, dip atau form6. kdg2 je split utk subjek tertentu, Tapi benda tu tak applicable utk UKM, USM, UM, sbb U tu xde diploma, mmg masuk melaui matrik, form 6 dan asasi. selalunya orang kata masuk matrik cepat. xsemestinya. ikut la kalau kos architecture, ikut mana pun, must be at least 6 years of study from SPM to get degree(LAM part 2 akan dielaborate dibawah). for architecture either from matric, foundation or form 6, the journey is at least 6 years from SPM. there is no shortcut in architecture. engineering also the same. the only different is that from matric or foundation only 1 practical training period throughout the whole programme. if diploma and degree have maybe 2 time practical period, one from dip and one from degree. usually one is short term and done in semester break, 6-8weeks only so, it did not interfere with the study time and semester counts. so for technical & professional course matric and foundation can only skipped roughly 6 month from standard diploma and degree system. bukan sampai setahun setengah. Certain part dari matrik ni seolah2 secure tempat sbb smpai habis degree. tp kadang2 tak jugak sbb program tu pun pecah dua. xlepas yg 1st mcmna nak naik 2nd kan? tapi kalau lepas diploma xsmbung terus kerja dulu sbb xdapat msuk belajar lg lain la ceritanya. mmg la lg lama. tapi kalau kos yg bukan teknikal mmg boleh cepat kalau pergi ke matrik. contoh dpt matrik setahun, further degree statistik di UKM 3 tahun. total belajar 4 tahun da dpt degree da bole kerja. tuntasnya, setiap pengajian tu agak lain lah sebenarnya, sbb tu kena tanya dgn orang yg lebih arif. Most important thing is, do not rush to finish up your study. do not choose the by means of study period and want to grad early. nk belajar nk kejar apa? nak kerja, kumpul duit, kahwin? letak tepi dulu semua tu. belajar dulu.



Bagi yang nk ke poli pulak, saya pun kurg arif mengenai poli & institut2 lain, so, saya xkan sentuh dalam2, tapi kalau kita ke poli selalunya utk terus ke alam pekerjaan la. susah poli nk terus amek degree. saingan sengit dgn U & matrik. kalau betul2 nk belajar tinggi, terus ke U, kalau nk terus kerja, poli sbb cert poli mmg sgt laku, sbb mmg poli train student diorg utk hadapi terus industtri pekerjaan sbg pembantu teknikal spt draughtsperson. kalau in case xdpt ape2 U, cma dpt twrn form 6 dgn poli, ikut korg la, 2-2 pun ok, tp poli senang lg dr form 6 & poli lebih menjurus kpd sesuatu bidang, berbanding form 6 yg terlalu umum. Tapi kalau betul2 nk belajar tinggi mcm sy ckp td, kalau boleh xpyh pilih poli, boleh la ke form 6. tapi mmg kena struggle la. sbb form 6 mmg sgt2  susah. tmpat pun msih xsecure. kalau poli, dah boleh kerja. poli & form 6 ni ad pros & cons. form 6 ni murah berbanding poli. dari segi yuran, accomodation etc. form 6 kalau betul2 baik result, ade chance nak fly. okep?









ok skarang ni kita tgk secara ringkas orang pos kt internet saya terjumpa






untuk sijil tu selalunya xsmpai 3 tahun. 2 tahun ke 2tahun stgh, setahun stgh pun ada sijil ni. depend on kos dan jenis institut


baiklah sekarang kita tengok pengajian dan list IPTA secara am. (local)
  
-Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur 
-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor 
-Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
-Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
-Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor 
-Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang
-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur 
-Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah 
-Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak 
-Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah 
-Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
-Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan  
-Universiti Teknologi MARA (UiTM),(semua negeri ikut kos)
-Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu
-Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor
-Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka
-Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis
-Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu
-Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan
-Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur





dan list IPTS secara am. (local)

-Universiti AIMST (AIMST), Kedah
-Universiti Perdana (Perdana University), Selangor
-Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur
-Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Selangor
-Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Selangor
-Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Selangor
-Universiti Multimedia (MMU), Selangor
-Universiti Taylor's, Selangor
-Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur
-Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak
-Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor
-Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Kuala Lumpur
-Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Selangor
-Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur
-Universiti Selangor (UNISEL), Selangor
-Universiti Sunway, Selangor
-Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Pulau Pinang
-Universiti UCSI (UCSI University), Kuala Lumpur
-Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Selangor
-Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Kedah
-Universiti Antarabangsa INTI (INTI IU), Negeri Sembilan




LIST RANKING IPTA di MALAYSIA 2012
  1.  Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2.  Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3.  Universiti Sains Malaysia (USM)
  4.  Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5.  Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6.  Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7.  Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8.  Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  9.  Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 
  10.  Universiti Utara Malaysia (UUM)
  11.  Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  12.  Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


So, basicly this is the university rankings in Malaysia as in 2012. however note that different university offers different courses, have different facilities, have different syllabus, different method, different accreditaion, and different specialities.


Terdapat juga institut-institut lain seperti:
-maktab perguruan,
-Poli tech MARA,
-JMTI, GMI,
-Institut Latihan Perindustrian(ILP),
-Kolej MARA,
-Kolej Komuniti,
-Institut Kemahiran MARA(IKM),
-Kolej Kemahiran Tinggi MARA(KKTM),
-Institut Kemahiran Bina Negara(IKBN) dll.




kita tengok pula kos2 yang ada

sains - medic, chemistry, geologi, astronomi, pharmacist, astro physic, sains nuklear
sains dan teknologi - architecture, engineering, biotech, radiologist, geo-engineering, IT, sains gunaan
sosial - law, islamic, political science, masscom, hotel & catering, fine arts, photography
sains n math - statistic, actuary science, sains kuantitatif,
economy - account, bussiness, 





dan banyak lagi. sangat banyak cabang2 yang ada. research la sndri. huhu....

back to the list of university as i mention earlier, different university offers different courses, have different facilities, have different syllabus, different method, different accreditaion, and different specialities UTM is well known for its engineering, USM is best for its R & D, UKM best for its research & innovation, UiTM & UTM is one of the best architectural courses in Malaysia, recognize even in the UK.



Dah tahu tu, apa yang kita patut buat adalah, masuk ke topik seterusnya iaitu

AKREDITASI PENGAJIAN




Apakah maksud akreditasi pengajian? akreditasi(accreditation) adalah satu anugerah yang diberikan oleh pihak2 tertentu kepada universiti & program yang menyatakan bahawa sesebuah program itu layak & menepati kurikulum & asas pencapaian bagi sesuatu bidang. ok, easy words is, certification yg dpt tu laku ke x bila nk keja nnt & nak sambung ke peringkat yg lebih tinggi

Accreditation is by far the most important thing to look for. For example, i take architecture in UiTM. Architecture education programme in Malaysia is controlled by LAM(Lembaga Arkitek Malaysia). LAM is a body that manage the architects and architecture programme in malaysia.  So Architecture programme in UiTM have the full accreditaion from LAM, conducted by CAEM(Council of Architectural Education Malaysia) accreditaion. This is important people. if you enroll in a program do not have accreditaion from the respective body of the profesion, you might not get a job. sijil xlaku. this happen mostly to private college. kalau dpt kerja pun, susah utk go for the next level. contohnya kalau xdpt akreditasi waktu belajar, then its hard to get licensed mcm nk dptkn tile Ir for engineer, or Ar for architect, or Sr for surveyor. MQA(Malaysia Qualification Agency) is easy to get. The toughest is the specific board of authority such as LAM, LJBM(for QS & BS), BEM(engineering), etc. you can check the official web. dont be foolish guys, some private college will try to lure you into thier university by saying that thier program is recognised. just check them online. some even said that their programs is recognised by the international level and can further overseas and can also work there. All of this is thier tactics.
walau diorang cakap betul sekali pun, program diterima kt luar negara, kita nk kerja kt negara kita kan? berapa lama sgt la nk kerja sana. nnt nak blik ke Malaysia jugak kn? contoh la kan kalau belajar architecture, konon la dapat further sana, kerja sana, tapi program sana, negara kita xterima, so xdpt LAM part 1 and part 2, mcm mana nak dptkn part 3, title Ar. tu, nk dptkn lesen tuk practice sndiri?(pasal ni akan dibincangkan post yg lg mendalam ttg Architecture, Insya'Allah)





so, there you have it. a little bit of information and know how regarding the topics of after SPM and going to university. bila dah masuk U nnt da belajar, da grad, da kerja, ape pun tetapkan hati kita awal2 sama ad nak jadi insan berguna atau workaholic robot, atau pun matlamat hanya utk duit. you choose. okeyh, apa2 komen kt sini. share apa yang patut. kalau nak tanya pun silakan. saya akn cuba sedaya upaya utk jwb based on knowledge and experience. Dont be shy. kalau ada apa2 info yg salah, tell me so i can correct it. Lets share opinion and experiences.


p/s: jgn anggap masuk U nk kerja besar nak jadi kaya. nope. but not impossible though. nak kaya, berniaga. but, why would you want to be rich? seronok2? suka2? if thats the case, dont. melainkan jadi kaya sbb nak tolong orang. kita hidup dalam masyarakat, dalam ummah. kita ada tanggungjawab utk dilaksanakan. fardhu kifayah. kita jadi professional, makan gaji, tak kaya, tapi kita jadikan industri dalam bidang yg kita ceburi utk mermartabatkan nama islam. kita taknak islam di pandang rendah, dibuli, so kita kena bagi orang tengok kita dgn pandangan yg tinggi. be professional. bila ramai professional islam, baru la kita mudah utk defend saudara kita. tapi kaya pun penting jugak, sbb skarang ni semua duit. :)









9 comments:

  1. terbaekk la info awak~ thanks!

    ReplyDelete
  2. panjang truk yam..aku scroll down trus down nk bca.hhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpa la, yg da lepas tu xyah bc pun xpa.. yg kena bc cam orang2 yg tgh 2ggu result tuu.. huhuhuu....

      tambah2 utk yg mna yg msih blur & xtahu nk ke mana, kos apa, kt mana semua tu....

      =D

      Delete
  3. Aku ternampak post hg ni lepas Farizi liked kat FB. Aku rasa cam aku pun nak buat gak post cam ni, tapi explain utk overseas, then nak link yg hg punya kat website aku. Very informative. Aku sendiri pun cam tak pernah tau benda2 ni. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya aku sokong, sgt2 shaff... sbb ak pun ad plan gak nk ke oversea. insya' Allah kalau ad rezeki.. kwn2 ak pun ramai gak yg berminat nk p.. hg terangkn dari stat, agent, application, toefl, fee, admission segala bala bana kain tola suma taw...... & any bonus tips. heh!

      Delete
  4. Tq abang haziq. Awak bnyak info lah. Abg single lg ke?thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. your welcome

      hahahahaa...
      single & complicated.....
      nk tahu lebih lanjut? rajin2 la bc previous & newest entry...

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete