Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

Thursday, August 30, 2018

Habis at last

Assalammualaikum all
Holaaa
Aku just nak sampaikan berita baik!
Result baru keluar khamis haritu, aku lulus semua subjek! Dah grad!!
Alhamdulillah
wohooooo.....

so the sweat and tears selama 2 tahun.. yattaaa!!!!

so ni la gmbar aku time final crit haritu..





Utk design thesis kali ni aku buat 15 strip (841 x 1800), bersamaan dgn 45 A1!
Tercirit tahu tak nak buat natang ni. Tapi 2 sem punya kerja.

So next, prepare portfolio utk kerja pulak.. Sambil rehat, sambil prepare.

ok all, untill my next update ya. stay tuned gais. Nnt aku cerita pasal aku punya journey buat design thesis ni. Ye lah sbb setahun mmg kurg update, boleh kata takda la apa2 psl design thesis projek ni dgn subjek2 lain.. so sapa yg nak tahu lebih lanjut pasal master uitm ni macamana boleh la nanti2 kan post ni. tak tahu bila. so, in the mean time, sit back, relax dan terus folo blog yg xseberapa ni ye..


p/s : sori lmbt sgt update. sbb busy. ceh dah habis takde buat ape pun busy. haha. tambah2 aku ni mmg procrastinator tegar kalau bab2 macam ni.. hehe



Tuesday, December 12, 2017

Post crit 3

Assalammualaikum all
Critique session 3 happen on 22 november. about 3 weeks after second crit.
for this crit also like last crit. not too bad but not good either. so-so. ok la, at least lepas. tak bnyk sgt komen. cuma supervisor aku tak ada waktu crit, dia dtg lmbat. tp kalo dia ada pun xde la dia backup sgt sbb dia senyap je. so mmg aku kena bantai je la.. huhu.. kali ni punya crit pun sama mcm sem lepas biasa2 je dan bnyk outstanding. bnyk gak la benda yg tak lengkap. so nk kena tambah utk next crit.  disbab gap masa sgt sikit, dlm 3 mggu macamtu je.. aku pulak berehat boleh kata pnjg gak la.. ye lah, sbb dari awal sem lg aku mmg pulun buat keja tak henti. bila dah confirm tajuk tu aku lega la sikit. penat tak hilang lagi 2 bulan bertungkus lumus.. so dlm seminggu gak la aku xbuat design. jadi takde la bnyk sgt aku produce. lepas tu pulak baru nak tunjuk dissertation. sebelum ni mmg xpernah tunjuk. problem gak disert aku tu sbb main buat je dulu. takde reference takde ape. sukati syok sendiri je. masak gak.
tapi before crit tu aku sempat la jumpa panel aku utk tutorial. smggu lebih setting tp tak dapat gak celah nak jumpa. busy betoi. last skali dpt la tp kejap je la. tp xpe la at least jumpa. sbb tak pernah jumap dia lagi. lgpn dia panel yg plg dominant.
ok lah. thats all for now. aku pun busy nak buat kerja lain ni. nak prepare utk crit 4 (final utk sem ni).


Monday, November 27, 2017

Post Crit 2

Assalammualaikum all
sorry for not updating. superbusy
actually 2nd crit ni pun dah lama. 2st november haritu
ok lah, ill tell you straight to the point
kan haritu on my 1st crit i didnt do well kan.
i have to change a lot of things. tajuk pun ubah sikit. then semua bnda mcm thesis summary, site, precedent semua kena tukar. then utk crit 2, kena tunjuk balik all the stuff yg patutnya dah proceed crit 1 haritu, plus all the new requirement. imagine i have to redo about 75% of the work, including site visit. mmg gila.
so for almost one month i do work everyday morning untill late at night, sometimes at 3am to 4am almost daily. Nak siapkan kerja yg berlambak2. almost double the workload utk kejar dateline for crit 2. tak kira dgn other subject punya assigment lagi. mmg kalut gila
hari nak crit tu, pukul 2 crit, puku 1.45 kena pin up dah, aku pukul 9 stgh baru hantar print.. selalunya aku akan print siap2 malam sebelum. kalo submisssion/crit pkul 10pg pkul 2 aku dah print. kalao pkul 12, pkul 5  aku hntr print. ni paling lewat la. dah la xsiap jugak.
mockup model pun buat time tu gak.. dlm sejam macamtu je..

Aku smpai awal sempat la pin up on time. pm faridah mmg pantang kalau lambat. dia mmg punctual. tambah time crit. lagi la.. jgn buat main, silap2 boleh fail. Crit kali ni ada external panel. akitek dari firm luar. setiap crit panel akan dpt sorang arkitek luar. Aku punya turn no 2. yg first kena macam teruk la gak.. aku tunggu je aku punya turn. orang lain mostly buat 3 strip. tapi ramai gak yg buat 2, dan 2stgh. dgn 3 strip yg asal. sbb panel luar ni baru 1st time datang, so dia nak tahu la dari awal apa yg kita buat. kena present & cerita all over again. diorg mostly pakai yg lama.  ada segelintir je yg print baru. tu pun setakat 1 or 2 strip. utk aku, aku buat 6 strip, semua skali, baru. print 6 strip trus sbb buat baru semua dari strip 1. ye lah kan dah nama pun kena tukar bnyk gila.
so tiba lah turn aku. aku present dgn penuh semangat. First aku punya panel akitek jemputan tu mmg dgr dgn penuh minat aku present. dia mmg bagi perhatian, bnyk bertanya dan renung2 board aku. so end up aku present tu lama, ada 20 minit kot, present bnda yg cuma outstanding, yg patutnya setelkan crit dulu, yg mrkah utk crit 2 ni cuma 10%. lepas habis lebih kurg part tu, akitek jemputan dia pun caw. dia blah je, mmg kaw2 aku kena dgn panel lain. dia marah la nape aku present tu lama sgt, padahal diorg mmg tahu kan, mmg yg diorg la reject proposal aku, so mmg la aku kena present balik. akitek jemputan tu pun mmg curious dgn apa yg aku buat, so xkan la aku nak skip aje... lepastu utk design punya part, markah 60% aku cuma present 10 minit je. tu pun mmg bnyk yg xckup dari segi requirement, ye la sbb mmg aku xsempat nak buat. buat pun ala kadar je. lect pun xdpt nak komen bnyk. aku pulak jenis xreti design. mmg kena la. hmmmmm...

utk crit kali ni aku pun xtahu la nak fikir apa. nak rasa lega ke nak sedih lagi. lega sbb tajuk aku dah proceed. at least xde la hanging xda arah tuju xda confirmation. cuak kot masa tajuk x confirm lagi. tapi still rasa takut gak sbb aku xdpt tackle part yg plg bnyk markah.. da la markah tu confirm rendah, lepastu tu mmg bnyk gak la kerja aku utk next crit ni. nak setelkan outstanding yg ni lagi. xpelah, at least dah lepas crit 2 ni. ive done my best, i pushed myself to the limit. and now, hope for the best.

so ni je lah utk penulisan kali ni... untill then, chow



Tuesday, August 23, 2016

Registration day. Master in architecture (UiTM)

Assalammuaikum all
holaaa
kali ni im telling ya all about my registration day kt uitm puncak alam
kan dah bnyk kali gitaw yg aku akan further study kan.
on 20th august 2016 adalah hari berejarah. daftar Master In Architecture (LAM PART 2) di UiTM Puncak Alam. Tapi registration di UiTM main campus Shah Alam
tentatif registration starts at 9am to 2pm. at 2.15pm - 3.15pm ada briefing.
so plan kami datang secepat mungkin, setelkan registraion early as possible, then gerak ke puncak alam letak barang kt rumah sewa, then patah balik ke shah alam. org ckp journey between 30-45 mins. rasa mcm sempat la kan, walaupun kalut sikit. register tu rasanya within sejam suku boleh setel. so, kalo sampai pukul 9, pukul 10suku dah setel, leh gerak ke puncak alam. by pukul 11 da smpai puncak alam. letak brg kt rumah sewa sana, dan pusing kampus sikit, pukul 1 lebih sikit gerak semula ke shah alam. sampai lmbt sikti utk taklimat tu pun xpe la kan. bkn ade ape sgt pun. ada je yg xpegi sebelum2 ni. tu plan asal la

tapi sangkaan kami meleset. sampai ke parking DATC UiTM Shah Alam tu (venue registration) pun dah pukul 9.20.  kt DATC tu mmg besar tapi organize. mmg dah bagitahu planning dlm offer letter tu flow dia macamana. ada 6 kaunter proses, ikut step by step. dlm planning tu siap ada layout plan lagi. dan mmg sama mcm depa buat. very convenient dan efficient. for me, alhamdulillah registration berjalan lancar, dlm sejam suku setel semuanya.




xbnyk pun gambar. ni pun mak tlg snap kan. gambar kt dlm dewan takda. 
busy sgt. penuh tgn lak tu.


but still lambat la kan. dah sampai lambat, habis pun lambat. yg lagi celakanya taklimat diawalkan, ke pukul 1.45. lepas tu student card bagi lepas taklimat tu, means kena pegi gak la. haiyaaa...
11.10 baru gerak ke puncak alam. tak tahu jalan, pakai waze. perjalanan dekat 50 minit gak. dah pukul 12. letak barang, igt nk chow, terus, tapi biasa la parent aku ni bukan boleh tgk semak2 ni. diorg pegi kemas tingkat atas tu. adoii.... org da la kalut ni. nnt diorg gak penat. nasib baik masa suntuk, kalau tidak satu rumah depa kemas. masa kt rumah sewa tu abg pun baru sampai.
duduk kejap, dah pukul 1, then kena gerak la balik ke shah alam. masa balik tu waze tunjuk jalan yg ntah apa2. bapak aku dah bising dah. adui.. tahan la telinga kejap 50 minit tu. da la nk kejar masa
akhirnya sampai balik kat DATC UiTM Shah Alam. masa tu da pukul 2. aku sorg je masuk. yg len g lunch. mkn roti bun je, yg diorg bagi dlm goodie bag welcoming kit. masa ak sampai tu taklimat da start. aku masuk ikut belakang belah tepi. dpt duduk belakang tepi lah.
aku xberapa dgr sgt apa dia cakap kt depan tu. mengantuk pulak. kikikikikiiiii...
pukul 2.20 taklimat habis. ceh cepatnyaa. kalo tahu gini la aturan dia, xyah susah2 g puncak alam tu.
pegi lepas setel semua benda je. boleh rilek2, makan, bleh g puncak alam tu tak rasa rushing sgt, boleh round sikit kawasan situ, boleh round kampus. tadi tak dan sbb kejar masa. cisss
so lepas abeh tu ktorg pun balik la. habis la satu hari yg bersejarah.
dafter je okeh. orientasi takder, ni master bukan degree or diploma. kelas stat 5hb nnt.
so itu sajalah...



Thursday, July 10, 2014

Done. In Shaa Allah

Assalammualaikum ya all
sori la lame xupdate. da smggu pun.
nk kate bz, xde la sgt... nak kate free tu xde la gak...
maybe sbb malas dan xde mood kot..
so anway, aku dah nak habis dah sem ni. In Shaa Allah, lepas semua dan habis terus

first paper structure 28/6. aku rs cam xyakin sgt ngan paper tu. carry mark pun sikit gila. aku mmg cuak do. dah la kali ni supplement paper xde dah.
second paper TRP 1/7. paper tu sng je xsusah pun.. aku siap kuar awl lg. br sejam suku, dah kuar.

lepas habis je paper ak trus hantar hardcover ntuk research. aku hntr hari rabu pg sbb lepas exam tu buat assignmen group TRP. mahal kot nk buat. 3 hari RM35, 2 hari RM50, sbb aku nak amek hari jumaat. so skip ke jumaat lepas smyg jumaat aku amek igt nak hantar tp cik man ckp die xde hari. jadi hntr seninlah kalo gitu.




esok tu, sabtu tu MUET. aku tido awl mlm tu. paper stat 8pg. aku amek advice hasyir & blogger kt intrnet sruh tdo awl & mnum kopi pg tu sbb tkut ngntuk. reading agak tough. pagi tu aku prepare awl dah tp tunggu org tu yg lmbt. pecut gak la. smpai lg 10 minit. masuk je dlm kelas tu(diorg xwat kt dewan, pakai kelas je) smua org dah duduk, tgh brief. cari tmpt duduk, 2 mnit trus mula. mmg keliru la reaading paper tu. masa sejam stgh. 45 soalan. ada 7 petikan xsilap. petikan dia mmg pnjg. jwpn dekat2. aku tgk budak2 aki the last 20 mins suma tido. letih dirog xtido smlm siapkn design. sian. aku yg tdo pun agak ngntuk gak. lpas tu rehat sejam. diorg tido kt surau. lpas tu paper writing lak. buat essay. ada 2 soalan. satu sruh buat report. data dia bg. approx 120 - 150 words. soalan kedua 350 words. aku xstudy pun MUET ni. aku xtau la teknik mnjawab & format dia cemana. aku boleh jwb tkut rugi kt format je.. lpas tu rehat 30 mins and listening lak. its quite okay. xde accent pelik2. boleh la jwb sbb dlm kelas, xde la dengung ke xdgr ke.. jelas la jugak, wlpun bukan crystal clear... okeh, habis for MUET




tghri tu parent aku dtg tuk collect brg nk bwk balik. ptg tu gak supposedly aku balik kampung ade nak buka puasa reramai ngan family. sbb ngntuk, jadi aku bg barang then tido dlu. ptg kang abaru ak bertolak naik sendiri. huhu.. so ni gmbr tunjuk hardcover yg dah siap..



hari ni jumaat 11 hrbln aku hantar courier moto ke penang. buat pertama kali dia balik smula ke bertam sjak dia diposkan ke sni prtghn taun 2010. you serve me well kriss. berbakti selama 5 taun.




ni la dia... xsabo nak balik dah.. tunggu je ni haa..



ok la kengkawan... setakat ni aja ya.. till u all hear from me again soon.
i will be in penang already by then.


Wednesday, March 27, 2013

Result SPM da kuar? then what?

Assalammualaikum & slmt sejahtera saya ucapkan.
post kali ni juga khas kp insan pasca SPM. result da kua kan. so amacam?
tahniah kpda semua. xkira la result elok ke xelok ke.... asalkan korg dah cuba sedaya upaya, ye dak?
xyah la sedih lama2. xyah la down. ni barulah permulaan. hidup ni pnjg lg(Insya Allah) a lot of things to be accomplished. yeah SPM mmg permulaan & org kata penentuan hidup. not necessarily. lets take an example, a 400m race. person who sprint first & accelerate fast have the advantage, however person who start the pace slow dosent mean that they cant win.
even if you cant win, your slow and steady pace can still finish the race. in life not necessarily finish first, because what are you chasing in life??? live your way in your abilities. =D
because there are lots of people rush their decision and end up making the wrong one.

ok, now, to the main topic of this post. Specificly about what to do after receiving SPM result. to anybody that havent read my last post, bole la refer. ad satu post yg saya tulis khas utk golongan lepas SPM tentang nk ke mana lpas SPM, spt nk ke U mana, amek kos apa, cara nak mengenali diri dari segi kelebihan & kekurangan etc. sila2 la bc ye. post yg ni pulak just on how to react after receiving SPM result & analysing offers. skrg dah hmpir seminggu result kuar, so mesti ramai dpt call or dpt surat tawaran2 mcm2 kolej yg offer mcm program & ckp mcm2 ttg ke-best-an pengajian yg diorg tawarkan. bagi yg result tu kurang gempak tu, nnt mula la diorg pujuk mcm2, ckp bg peluang, mengubah nasib hidup, gerenti dpt keja, pendidikan bertaraf antarabangsa, bole smbung oversea and what not.

DONT BUY IT!!!!!

This is serious guys! jgn la termakan pujukan diorg tu... bnyk yg menanam tebu di tepi bibir. chewah! iye betul, diorg mmg nk pujuk korg msuk institut tu, terutama bg kolej swasta. semua nk duit. series weyh. kalau diorg call tu xyah layan pun. kalo dpt surat tu simpan je buat kenang kenangan. time aku dulu tu dpt dlm 3-4 panggilan tepon ngan ad 1 file tebal surat2 tawaran. xyah layan. tunggu je UPU kuar. kalau xdpt, buat rayuan. kalau boleh elakkan kolej2 yg xtentu ni. tkut sakit kemudian. mule2 pujuk baek punyo, da msuk buat xlyn je. akn bnyk mslh dgn admin nnt. mcm2 mslh, byrn la, facilities, management teruk, silibus, academics, u name it man...
If you happen to survive through, you may not know if you will get a job or not. mostly sbb cert yg dpt tu xlaku. xde accreditation oleh badan2 tertentu. kalau nk tahu lebih psl accreditation ni, kindly refer to my last post that i mention earlier. psl accreditation to on the bottom of the page, sbb post tu pnjg sikit.
ok ok back to our topic. its crucial to choose your institution wisely as this is your future.

However, jgn salah faham, bukan sy nk downgrade kolej2 swasta, but nk remind & advice supaya lebih berhati2. itu je. takut nnt menyesal xsudah. duit bnyk nk spend. lama masa nk bljr tu. sia2 je nnt. tapi ape pun this is just my experience n knowledge.
and one more, if ada seminar or talk about career path or about tertiary level education, do go. i highly recommend it. ada apa2 fair dan karnival tenteng universiti, p la jenguk. kalo ada ekspo jom masuk U, pergi. ada apa2 majlis tentang kolej, institut, p attend.
itulah cara terbaik bagi anda utk mendapatkan more information tentang bidang, dan institusi dan peluang2 yang ada kt malaysia ni. for those yg mmg tak tahu nak amek kos apa, masuk mana, etc semua tu boleh dtg ke situ. dan jgn lupa utk rujuk kaunselor psal bidang dan kerjaya ni. cikgu kanseling pun boleh. buangkan perasaan segan dan malu utk datang semula ke sekolah utk jumpa cikgu. cikgu la yg boleh bg advice ttg carrer path.

ok fellas, on my ramblings, myb ad yg btul & ad kurg betul.... if anything feel free to comment. kita share semua benda.. ok guys?

Saturday, February 23, 2013

lepas SPM. tunggu result? apa?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Post kali ni agak menarik dan khusus berbanding sebelum ni. target group: post SPM candidates.
wlpun dah lewat, tp msih belum keluar result lg kn? so, apa cerita korang semua? Aktiviti yg dah jalankn? kerja? PLKN? belajar short course? tolong family? atau dok rumah je? hahaha xkisah la buat apa pun, asalkan jangan buang masa sia2 mcm tu aje.

xkiralah wlpn dok rumah xbuat ape2 xsemestinya mkn tido je kn? ye lah bnyk bnda yg boleh buat kt rumah tu mcm tolong masak, kemas rumah, cuci tandas, potong rumput siram pokok, jaga adik2, ajar adik2, hntr/jemput adik2 pg sekolah, tuisyen, kelas tambahan, ko kurikulum dsb.
dan ada masa ni p la amek lesen tu. kalau boleh motor dan kereta. walaupun selalu bawa salah satu (moto/kereta) tapi lesen kena ada dedua. skill kena ada dedua. standby kot2 nnt perlu. tapi kalau sbb kos yg tinggi xpala, satu je dulu. tapi kalau boleh bljr jugak bawa kenderaan yg xamek lesen tu sbb nnt kt U selalunya berguna. okeh?
kpd yg bekerja & yg sdg mengumpul duit utk sambung belajar, teruskan usaha anda berbuat demikian. later on, you will need a lot of money once you continue your studies.





bagi yg nk lanjutkan pelajaran ke U, dah tau ke bidang apa yg nak ambil? aliran? sains? akaun/ekonomi? bussiness? management & admin? social? cikgu? baaanyak sgt peluang2 yg ada kt Malaysia ini.
kat sini saya akn ceritakan

"How to?" versi "after SPM, road to University"

kt sini ada senarai ringkas tentang apa yg perlu kita tahu:


-kenali diri. SWOC (Strength, Weakness, Opportunity, Constrain)  dalam diri kita ni
-bidang yg ada di universiti
-course yg ad di universiti pilihan
-akreditasi pengajian di universiti tersebut

Dalam masa yg ada ni saya minta, for your own sake, do refer and make some research about yourself such as strength, weakness, talent, passion, advantage and disadvantage etc. And do research about courses and scope of job. ini adalah masa depan. bayangkan lah kalau kita salah pilih, berapa tahun punya regret? this is life changing decision. its crucial. kpd yang nk further spt engineering, medic, law or studio based course dlm built environment(archi, town planning, landscape, ID) nasihat saya sekarang ni kalau boleh & mampu xpyh la kerja. dok rumah rilek, you will never have the privilage of relaxing once you started your journey as a university student. hectic life. tough subjects. time consuming projects. tapi kalau family yg kurg berkemampuan da, boleh teruskan usaha anda. sebab kos2 trsebut memerlukan wang yg sgt bnyk, terutama masa awal2, nak beli tools & material. pinjaman, biasiswa dan elaun xmasuk lagi awal2.
Skrg ni masa yg ada sikit ni, try la surf internet tgk mana2 kos yg rs mcm best. tgk U mana tawarkan. tgk job dia mcmana nnt. try la tnya kt kwn2, kazen2, pakcik makcik, sedara2 lain apa2 saja ttg kos yg u all rasa minat & ada possibility untuk ambil. kalau ad yg tahu tanya la habis habisan, mcm susah senang, life yg macam mana, social life ada atau x, bljr kt mana, U mana ad tawar lagi, U mana plg bgus utk kos tu, nnt kerja apa, kerja mcmana, gaji mcmana, etc. tanya everything A to Z. then compare to yourself. do you like it. do you have what it take to be in that course?


SWOC

Ok, now we go on rating yourself. First and foremost is to know your strength and weakness. minat kita dah sedia maklum kita minat apa. but your minat does not necessarily can help you. Ok for example, kita minat dgn teknologi. suka dgn kereta misalnya. tapi kekuatan & talent kita ialah lukisan. terrer lukis. kalau ikut minat, kita akan ambil engineering kan? kalau kelemahan kita pulak dlm math, mmg xbole p punya. Engineering sgt2 pentingkan math, physic & talent kita dlm lukisan xmembantu dalam perjalanan kos yg akan kita ambil nnt. Ada satu saying yg saya jumpa di blog, katanya;

 Ikut minat penat, ikut bakat, berkat.

Tetapi, kalau nak integrate minat & talent, kita ambil yg hmpir & berkaitan. kalau dlm kes tadi talent in lukisan, minat in automotif or engineering, kita mungkin boleh ambil Industrial Art. boleh juga menjurus utk ke bhgian engineering. ini adalah cara dan taktik yg tricky, kita kena tahu bnyk la ttg kos2 & kelayakan utk sesuatu kos trsbut. Kita ambil yang kita rasa boleh lakukan, xsemestinya minat. Ada juga internet meme yg bagitahu,

"choose something you like and you never had to work a day in your life."

yes, thats true also. no doubt. by doing something you like, you do it willingly and automaticly because you like it. you enjoy it. you tend to explore more. When you read something, you always remembers it well because you simply like it. however, remember this, maybe it does not pays a good salary, can you live with it? how about if you might have to stay up late everyday working your butt of and had no social life, is it worth it? bukan setakat nk kerja, tp starting drpd belajar itu sendiri. kita ikut minat, tp kita xpandai dlm pelajaran. so kita struggle. orang lain rilek je, kita p library, study, beli buku mahal2 utk rujuk, xtdo mlm study & siapkan projek, xkemana2 weekend, x p jalan, xp aktiviti2 kt kampus yg sgt menarik. kemudian, result, average atau cukup2 makan. rugi
mesti igt, universiti bukan sekolah, bukan semata2 belajar akedemik. its so much more than that. you are in a phase where you learn about life. aktivit2 kt U bukan buang masa, tapi beneficial utk pembinaan karekter, build networking, jumpa macam2 jenis orang wtih different background yg kita tak pernah jumpa lagi. sbb itu bukan takat belajar 24jam.
yes, myb kita bljr sbb kta suka & nk lebih xplore & gred itu xpnting, asalkan kita dapat ilmu. tp mesti mau ingat, tu baru belajar 3,5 tahun. nnt kerja berpuluh tahun kalau mcm tu jugak? lagi satu, minat juga boleh dipupuk. pelan2 lama2 akan melekat jugak.





Untuk peluang(oppurtunity) cthnya dalam family ada bussiness. walaupun kecil2 tapi kita boleh kembangkan dan capai lebih jauh. so bolehla amek kos yg berkaitan bussiness tersebut, nnt da hbis belajar boleh kerja terus & teruskan perniagaan keluarga tu. kita boleh berbakti dgn keluarga kita, disamping job da secure.



utk kekangan(constrain) conthnya kita kurang sihat. ada lemah jantung(family trait) jadi xperlu lah kita ceburi bidang yang susah dan stress. akan memudaratkan kita kelak. lagi satu kalau kita bukan dari golongan berkemampuan, mungkin kita tidak memilih pengajian yang memerlukan wang yang banyak contohnya seni dan senibina. bukan takboleh ambil, tapi mungkin akan memudaratkan kelak. tapi jgn salah faham pulak, saya tak kata kos aki utk org kaya2 ye. saya akn terangkan tentang senibina atu Architecture dengan lebih lanjut di post akan datang Insya' Allah. so stay tuned, okay?



So now, sekarang kita dah kenal pasti SWOC kita. bagaimana nak memilih untuk belajar di mana? universiti? atau matrik? saya kurang arif tentang matrik, jadi saya tidak akan membincangkan hal itu dgn lebih dalam, cuma share sedikit experience & situasi yg berlaku di sekeliling saya. bagi yg akan further studio based course, tak usah la ke matrik melainkan tiada pilihan, sbb ap yg bljar kt matrik xbnyk persamaan dgn ap yg akn bljr degree nnt. saya akan ulas hal ini dikemudian post ye. promise.





lagi 1 say dgr bnyk org ckp kalau dia dari matrik atau foundation bila dah msuk degree ssh nak catch up sebab subjek agak advance. budak dip pun da advance sbb belajar bnyk. lepas tu subjek jadi bnyk sebab masuk tahun kedua, tp kena ambil beberapa subjek tahun pertama yg basic. Dan selalu terjadi seolah2 mcm biased utk pljar matrik ni bila diorg masuk ke U utk degree oleh lecturer. sbb selalunya kelas tu campur2 xkira drpd matrik, asasi, dip atau form6. kdg2 je split utk subjek tertentu, Tapi benda tu tak applicable utk UKM, USM, UM, sbb U tu xde diploma, mmg masuk melaui matrik, form 6 dan asasi. selalunya orang kata masuk matrik cepat. xsemestinya. ikut la kalau kos architecture, ikut mana pun, must be at least 6 years of study from SPM to get degree(LAM part 2 akan dielaborate dibawah). for architecture either from matric, foundation or form 6, the journey is at least 6 years from SPM. there is no shortcut in architecture. engineering also the same. the only different is that from matric or foundation only 1 practical training period throughout the whole programme. if diploma and degree have maybe 2 time practical period, one from dip and one from degree. usually one is short term and done in semester break, 6-8weeks only so, it did not interfere with the study time and semester counts. so for technical & professional course matric and foundation can only skipped roughly 6 month from standard diploma and degree system. bukan sampai setahun setengah. Certain part dari matrik ni seolah2 secure tempat sbb smpai habis degree. tp kadang2 tak jugak sbb program tu pun pecah dua. xlepas yg 1st mcmna nak naik 2nd kan? tapi kalau lepas diploma xsmbung terus kerja dulu sbb xdapat msuk belajar lg lain la ceritanya. mmg la lg lama. tapi kalau kos yg bukan teknikal mmg boleh cepat kalau pergi ke matrik. contoh dpt matrik setahun, further degree statistik di UKM 3 tahun. total belajar 4 tahun da dpt degree da bole kerja. tuntasnya, setiap pengajian tu agak lain lah sebenarnya, sbb tu kena tanya dgn orang yg lebih arif. Most important thing is, do not rush to finish up your study. do not choose the by means of study period and want to grad early. nk belajar nk kejar apa? nak kerja, kumpul duit, kahwin? letak tepi dulu semua tu. belajar dulu.



Bagi yang nk ke poli pulak, saya pun kurg arif mengenai poli & institut2 lain, so, saya xkan sentuh dalam2, tapi kalau kita ke poli selalunya utk terus ke alam pekerjaan la. susah poli nk terus amek degree. saingan sengit dgn U & matrik. kalau betul2 nk belajar tinggi, terus ke U, kalau nk terus kerja, poli sbb cert poli mmg sgt laku, sbb mmg poli train student diorg utk hadapi terus industtri pekerjaan sbg pembantu teknikal spt draughtsperson. kalau in case xdpt ape2 U, cma dpt twrn form 6 dgn poli, ikut korg la, 2-2 pun ok, tp poli senang lg dr form 6 & poli lebih menjurus kpd sesuatu bidang, berbanding form 6 yg terlalu umum. Tapi kalau betul2 nk belajar tinggi mcm sy ckp td, kalau boleh xpyh pilih poli, boleh la ke form 6. tapi mmg kena struggle la. sbb form 6 mmg sgt2  susah. tmpat pun msih xsecure. kalau poli, dah boleh kerja. poli & form 6 ni ad pros & cons. form 6 ni murah berbanding poli. dari segi yuran, accomodation etc. form 6 kalau betul2 baik result, ade chance nak fly. okep?









ok skarang ni kita tgk secara ringkas orang pos kt internet saya terjumpa






untuk sijil tu selalunya xsmpai 3 tahun. 2 tahun ke 2tahun stgh, setahun stgh pun ada sijil ni. depend on kos dan jenis institut


baiklah sekarang kita tengok pengajian dan list IPTA secara am. (local)
  
-Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur 
-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor 
-Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
-Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
-Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor 
-Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang
-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur 
-Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah 
-Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak 
-Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah 
-Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
-Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan  
-Universiti Teknologi MARA (UiTM),(semua negeri ikut kos)
-Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu
-Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor
-Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka
-Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis
-Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu
-Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan
-Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur





dan list IPTS secara am. (local)

-Universiti AIMST (AIMST), Kedah
-Universiti Perdana (Perdana University), Selangor
-Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur
-Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Selangor
-Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Selangor
-Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Selangor
-Universiti Multimedia (MMU), Selangor
-Universiti Taylor's, Selangor
-Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur
-Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak
-Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor
-Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Kuala Lumpur
-Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Selangor
-Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur
-Universiti Selangor (UNISEL), Selangor
-Universiti Sunway, Selangor
-Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Pulau Pinang
-Universiti UCSI (UCSI University), Kuala Lumpur
-Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Selangor
-Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Kedah
-Universiti Antarabangsa INTI (INTI IU), Negeri Sembilan




LIST RANKING IPTA di MALAYSIA 2012
  1.  Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2.  Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3.  Universiti Sains Malaysia (USM)
  4.  Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5.  Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6.  Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7.  Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8.  Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  9.  Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 
  10.  Universiti Utara Malaysia (UUM)
  11.  Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  12.  Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


So, basicly this is the university rankings in Malaysia as in 2012. however note that different university offers different courses, have different facilities, have different syllabus, different method, different accreditaion, and different specialities.


Terdapat juga institut-institut lain seperti:
-maktab perguruan,
-Poli tech MARA,
-JMTI, GMI,
-Institut Latihan Perindustrian(ILP),
-Kolej MARA,
-Kolej Komuniti,
-Institut Kemahiran MARA(IKM),
-Kolej Kemahiran Tinggi MARA(KKTM),
-Institut Kemahiran Bina Negara(IKBN) dll.




kita tengok pula kos2 yang ada

sains - medic, chemistry, geologi, astronomi, pharmacist, astro physic, sains nuklear
sains dan teknologi - architecture, engineering, biotech, radiologist, geo-engineering, IT, sains gunaan
sosial - law, islamic, political science, masscom, hotel & catering, fine arts, photography
sains n math - statistic, actuary science, sains kuantitatif,
economy - account, bussiness, 





dan banyak lagi. sangat banyak cabang2 yang ada. research la sndri. huhu....

back to the list of university as i mention earlier, different university offers different courses, have different facilities, have different syllabus, different method, different accreditaion, and different specialities UTM is well known for its engineering, USM is best for its R & D, UKM best for its research & innovation, UiTM & UTM is one of the best architectural courses in Malaysia, recognize even in the UK.



Dah tahu tu, apa yang kita patut buat adalah, masuk ke topik seterusnya iaitu

AKREDITASI PENGAJIAN




Apakah maksud akreditasi pengajian? akreditasi(accreditation) adalah satu anugerah yang diberikan oleh pihak2 tertentu kepada universiti & program yang menyatakan bahawa sesebuah program itu layak & menepati kurikulum & asas pencapaian bagi sesuatu bidang. ok, easy words is, certification yg dpt tu laku ke x bila nk keja nnt & nak sambung ke peringkat yg lebih tinggi

Accreditation is by far the most important thing to look for. For example, i take architecture in UiTM. Architecture education programme in Malaysia is controlled by LAM(Lembaga Arkitek Malaysia). LAM is a body that manage the architects and architecture programme in malaysia.  So Architecture programme in UiTM have the full accreditaion from LAM, conducted by CAEM(Council of Architectural Education Malaysia) accreditaion. This is important people. if you enroll in a program do not have accreditaion from the respective body of the profesion, you might not get a job. sijil xlaku. this happen mostly to private college. kalau dpt kerja pun, susah utk go for the next level. contohnya kalau xdpt akreditasi waktu belajar, then its hard to get licensed mcm nk dptkn tile Ir for engineer, or Ar for architect, or Sr for surveyor. MQA(Malaysia Qualification Agency) is easy to get. The toughest is the specific board of authority such as LAM, LJBM(for QS & BS), BEM(engineering), etc. you can check the official web. dont be foolish guys, some private college will try to lure you into thier university by saying that thier program is recognised. just check them online. some even said that their programs is recognised by the international level and can further overseas and can also work there. All of this is thier tactics.
walau diorang cakap betul sekali pun, program diterima kt luar negara, kita nk kerja kt negara kita kan? berapa lama sgt la nk kerja sana. nnt nak blik ke Malaysia jugak kn? contoh la kan kalau belajar architecture, konon la dapat further sana, kerja sana, tapi program sana, negara kita xterima, so xdpt LAM part 1 and part 2, mcm mana nak dptkn part 3, title Ar. tu, nk dptkn lesen tuk practice sndiri?(pasal ni akan dibincangkan post yg lg mendalam ttg Architecture, Insya'Allah)





so, there you have it. a little bit of information and know how regarding the topics of after SPM and going to university. bila dah masuk U nnt da belajar, da grad, da kerja, ape pun tetapkan hati kita awal2 sama ad nak jadi insan berguna atau workaholic robot, atau pun matlamat hanya utk duit. you choose. okeyh, apa2 komen kt sini. share apa yang patut. kalau nak tanya pun silakan. saya akn cuba sedaya upaya utk jwb based on knowledge and experience. Dont be shy. kalau ada apa2 info yg salah, tell me so i can correct it. Lets share opinion and experiences.


p/s: jgn anggap masuk U nk kerja besar nak jadi kaya. nope. but not impossible though. nak kaya, berniaga. but, why would you want to be rich? seronok2? suka2? if thats the case, dont. melainkan jadi kaya sbb nak tolong orang. kita hidup dalam masyarakat, dalam ummah. kita ada tanggungjawab utk dilaksanakan. fardhu kifayah. kita jadi professional, makan gaji, tak kaya, tapi kita jadikan industri dalam bidang yg kita ceburi utk mermartabatkan nama islam. kita taknak islam di pandang rendah, dibuli, so kita kena bagi orang tengok kita dgn pandangan yg tinggi. be professional. bila ramai professional islam, baru la kita mudah utk defend saudara kita. tapi kaya pun penting jugak, sbb skarang ni semua duit. :)