Assalammualaikum semua. entry kali ni aku nk ceritakan sal ak tgk movie yg penuh kontorversi ni, Tanda Putera.
spt yg sedia maklum cerita ni menceritakan ttgk kejadian berantai 13 mei dan struggle pm kedua, tun abdul razak & timabalan tun dr ismail. aku kt sini just nak ceritakan kualiti movie ni & experience aku je, xmo sentuh bab politik. kalo cerita bab politik, mmg xkan habis sampai kiamat.
okeh overall aku leh rate movie ni dlm 6.5 - 7.0 la out of 10. tinggi tu utk cter melayu!!! kalo aku nak rate cerita melayu tu selalunya takat 5 je. cerita ni pkai sepcial effect CGI, yg slack tu kdg2 xjadi sgt. & sometimes soundtrack dia over gak la... dgn background music & sound effect yg lain. but its still good. psal plot die ak xmo sentuh bab sejarah sbb pasti bnyk versi, & mybe dah di-alter sikit2 utk sedapkan cerita. biasalah tu. cuma kdg2 kurangnya detail dlm event2 yg membawa kpd pembinaan plot, konflik & perjalanan cerita. aku suka dgn cerita ni sbb ni antara cerita2 yg keluar dari skop cerita melayu yg sgt bosan, & sempit. contohnya xhabih2 psal cintan cintun, rempit, samseng, lawak bodoh, cter hantu, cerita budak2 rosak akhlak... kali ni cerita yg mmbawa kpd smgt patriotik, berunsurkan sejarah. walaupun orang kata cerita ni racist, berat sebelah, cerita menipu rakyat etc, ak tolak tu tepi. janji cerita ni bukan dr skop cerita2 melayu yg sgt sempit. mybe nilah permulaan kita akan ada cerita2 mcm holywood cthnya pearl harbour, the patriot, enemy of the state, inside men, swat, lincoln, valkryie etc.
so we must be positive.
P/S:bagi yg nak argue psal sejarah & politik tu mmg la ssh. setiap orang akan kata mcm2. setiap org ada pendirian masing2. setiap orang ada sumber masing2. setiap orang ada hujah masing2. setiap orang ada so called fakta & data yg di ambil dr kononya trusted source yg dia dpt dr mana tah. siapa yg nak verify sumber tu & clarify maklumat yg dia dpt tu betul? nobody. seseorang tu boleh je pggl orang tua yg claim dia dr polis dr zaman tu & ckp mcm2. mmg boleh buktikan dia polis at that time dgn baju, badge, gmabar lama & paperwork, but apa yg dia kata tu betul ke? kalo betul pun maybe tu hanya berlaku di depan mata dia. apa yg terjadi lebih global mcmana pulak? then sorg mamat leh panggil lg berpuluh2 orang lama kononnya live at the same era yg boleh bangkang apa yg dia ckp. kita pasti akn percaya org terdekat kita cthnya jiran, pakcik, tok nenek, sedara2 kan. so the same goes with the other side sana. dia pun must believe orang2 terdekat dia. pasti dlm kepala kita kita trust dia ni, & rasa eh xkan dia ni tipu kot? thats why susah utk cari maklumat & kebenaran. sbb kita tiada di sana. ada di sana pun kalo kita nampak depan mata skali pun tu apa yg berlaku dpn mata. tmpat lain? collect lah data mcm mana pun pasti akan bercanggah. collect on both side pnya source & source yg kononnya neutral. bercanggah habis. Ada document rasmi pun mana tahu kalo bnda tu dah diubah waktu tu tuk
cover something atau kelemahan teknologi maklumat & penyebaran
informasi waktu tu? susah utk decide. kalo kita rasa one side is better or true that means we start to leaning. kalo ikut betul2, one cannot simply decide. kalo ada decision yg one side side better, means kita da start biased.
well ni ape yg terbuku dlm hati akulah. xkisah la korang nk kate ape pun, terima ke x.
btw, selamat hari malaysia
No comments:
Post a Comment