Showing posts with label Naza blade 250gtr. Show all posts
Showing posts with label Naza blade 250gtr. Show all posts

Wednesday, August 3, 2016

more accessories!

Assalammualaikum all
holaaaaa

baru je lepas update post pasal my sis punya nikah kan.
actually lepas nikah tu, hari ahad, hantar moto blade utk servis dan tambah aksesori..

Tuka minyak itam, letak voltmeter dan tambah lampu. jyeah.






spotlight beli kt keen yip motor trading. beli online. sebiji rm60 siap pos. aku beli 2 biji rm130 siap pos.  eagle eye rm 30 satu set. aku beli 2 set. igt nk letak kt kriss satu set. hehe

memula tak tahu nak letak kt mana spot light tu. nk senang letak dan nk letak tinggi. sbb nak suluh jauh. yg spotlight ni cuma buka waktu tertentu aje, cthnya waktu malam gelap kt highway atau jln kampung yg sunyi dan takda lampu jalan. nak letak kt tepi fairing tapi taknak ganggu visibility signal depan. last skali igt letak dkt side mirror. letak braket.

beli lama dah. nk p pasang tu lmbt, xdak masa sbb nk kena tinggal moto. Abg fathi xdan nak buat satu hari. tu yg hantar harini, alang2 ada org kt rumah leh la tlg hntar wlpun sbnrnya kalut gak. hehe. abg ipar yg amek dari kedai bwk aku blik umah. hehuu

waktu smpai kedai baru aku perasan yg spotlight dia bagi xsama warna. cis! aku mintak hitam. ada ke dia bagi satu hitam satu silver. cinabeng betul. nsib baik la abg fathi kata boleh spray je.
kt kedai tu berbincang la kt mana nak pasang dan nak letak macamana. akhirnya dpt la idea. letak kt side mirror. braket hala ke depan. eagle eye pun letak kt situ, pakai braket yg sama. tp still kena fine tune lg dan mybe kena improvise sikit bila buat tu nnt. biasalah tu, bila buat baru tahu problem dia apa dan hasil nnt cemana.

hantar ari ahad, hari khmis abg fathi watsapp tunjuk gmbar ni, dia tanya ok tak? pada aku ok je. proceed.


dan akhirnya dah siap ni la hasilnyaaa...



sekarang dah ada 3 suis. eagle eye running light belakang, projector lamp bawah depan dan spotlight




boleh pulak sibiji eagle eye tak menyala. rosak. biasalah beli online, mcmtu lah.. dia yg terang silau lebihnya, padahal tak menyuluh pun. kecil2 cili padi. haha. yg spot light tu rilek terang menyuluh, tapi xsilau pun. 

lampu biasa(high beam) 

 lampu biasa(high beam) dgn projector lamp

 lampu biasa(high beam) dgn projector lamp dan spotlight(mod terang)

 lampu biasa(high beam) dan spotlight(mod terang)

lampu biasa(high beam), projector lamp dan spotlight(mod biasa)



spotlight tu baru tahu ada 3 mod. biasa, terang dan blinking. sgt berguna
mod terang guna kalau betul2 gelap dan takda orang lain, mod biasa kalau kawasan gelap tp kadang2 ada kenderaan lain lalu. blinking ni pun lg bnyk guna. guna kt town boleh xkira siang dan malam utk tarik perhatian dan to get ourselves noticed by other vehicles expecially in heavy traffic. boleh guna waktu konvoi, bulah guna waktu hujan waktu siang, boleh guna waktu bawak slow atau berhenti. bnyk la guna dia. hehe..



tuka minyak itam pakai elf 10w 50. first time pakai minyak tu. best woh. enjin jadi ringan, smooth, bunyi senyap, pickup ada, top ada, tak panas sgt, sng free gear, pendek kata terbaiklah. mmg best. sebelum ni macam2 minyak pakai, motul la, silkolene, rock oil la, m7 plg teruk moto jadi berat dan panas. lepas ni mmg takmo pakai minyak lain dah. mmg best.

Thursday, June 2, 2016

blade yang annoying

Assalammualaikum all
today wanna talk about my bike, naza blade 250gtr yg ada minor problem
tak rosak cuma annoying problem yg xtau punca dan belum solve
ok simptom dia like this. stat enjin ok. waktu idle ok. bila bawak, masa awal tu, kdg2 Fi nyala. kejap je xsmpai seminit lpas tu padam. msa nyala tu motor ok je, mcm xada apa2. then bila dah bwk jauh sikit dah panas, bila slow down kalo nak amek corner atau lalu jalan jamm dalam rpm 2.5 - 3.5 waktu tu rpm jadi xstabil. kejap naik kejap turun. mmg annoying. tapi rpm tinggi takda masalah. jadi bila rpm rendah dan enjin dah panas dan bawak slow. always. usually happen when going through heavy traffic. bwk slow between 20-40kmh, kejap rpm rendah mcm nak mati, kita tambah throttle dan/atau tarik klac. lepas tu nnt tiba2 rpm mencanak naik, mengaum pulak dia. lepas sikit throttle. lepas tu nnt rpm drop balik, jadi mcm nak mati pulak.
memang pening. mmg annoying.
nak kata plug cap bukan sbb plug cap selalunya simptom rpm xmenentu kalau idle. but change it nonetheless. plugcap mmg ok xda crack. even tukar baru pun masih jadi.
spark plug pun tukar jugak.
ada smpai tahap moto mati enjin bila kt corner masa tarik clutch. bahaya gilaa...... 
ada kata o2 sensor. ada kata ETS TPS sensor. bawak ke AFZ. abg fathi check ECU guna natang komputer cucuk tu. katanya kt situ o2 sensor. dah cuci. mula2 macam ok. tapi lepas 3 hari jadi balik.
lepas ni nak kena tukar EST & TPS sensor pulak.

duit dah bnyk habis. masa dah bnyk habis. jadi sejak lebih kurg waktu bln 2 mcmtu.. motor masih xok. bukan rosak, minor problem je. tapi annoying yg amat. dan kita pun jadi cuak takut problem makin melarat, nnt moto breakdown tgh jln atau rosak teruk jadi kos beribu nanti.

adat la moto besar ni. bkn stakat blade je. mana2 motor pun ada penyakit dia yg tersendiri. dan bila motor buat hal mcmni mmg kena standby la duit bnyk2. sekali meragam mmg sakit laa....





oh by the way just nak bagitahu aku ada tambah aksesori baru
lampu signal tambahan
ada 2 lampu. merah dan kuning
ada 4 wayar. so multi function.
boleh jadi running light, signal, hazard and extra brake light




macamni la lebih kurang..
buat masa ni aku letak sbg running light & extra brake light je. direct sambung, xada suis. so bila on kunci je dia menyala,
nnt tgk la lainkali boleh la buat dia sbg extra hazard light dan extra signal.
hehe..
next project sama ada nak letak running light depan atau letak spotlight. xsure lagi. tgk fulus dulu.
macam2 nk buat moto ni. ekzos pun tak tuka lagi.
haha....






Thursday, May 19, 2016

Naza Blade 250gtr monetary usage

Assalammualaikum all...
sori lama tak hapdet.. takda la bz sgt, biasa2 je. cuma takde mood dan malas...
kali ni nak cerita psal moto... quite some time dah karang menda ni. baru nak post.
so this entry is about people who wonder how would it be to finance a Naza blade..

sy tulis ni based on my experience.
saja nak share kpd sapa2 yg berkira2 nak angkat naza blade 250 tapi xsure boleh sara ke tak moto ni.
sy pakai naza blade 250 gtr 2014 dah setahun setengah 18 months) dari dis 2014 sampai sekarang. low mileage baru 8k km
kadang2 ulang alik keja, kadang2 weekend ride dekat2. just santai2 relax only..

these are the calculations

so ni perbelanjaan saya
1st service - rm120
2nd service - rm 104 - kedai mahal
3rd service - rm80
4th service - rm170 (EO, filter, plug)
accessories - rm505 (battery,relay,spotlight,throttle cable)
riding accessories & bike support - rm855 (riding jeans, bag, paddock stand, chain lube, brush & cleaner)

bike service = rm474
accessories = rm505
others = rm855
insurans & roadtax = rm580 insurans mahal gilo (1st party all rider)
total = rm2414 all in for 18 month

so penggunaan motor sahaja utk 18 bulan
rm474 + rm505 + rm580 = rm1559

petrol budget: rm30 petronas ron97 roughly 280km, main bandar + highway. sentiasa bwk slow, plg laju pun 120kmh tu pun jarang. kasarnya lebih kurg 9.3km for rm1

tayar pulak harga lebih kurg rm500 depan belakang. tu tayar yg murah tp kualiti ok gak la. boleh pegi roughly dlm 14k km busuk2 pun. at times, boleh go sampai 18k, 20k....
tapi tayar tu katanya kalau dah cecah 2 tahun tu xkira mileage kena tukar je...

so sebulan minimum guna rm86 tak termasuk minyak petrol
tu kalau kira 18 bulan la. tapi kira yearly lain sikit kiraan dia sbb 4th service dan beberapa accessories tu beli lepas 12 bulan

setelah dikira2 nak selesa kena ada at least rm0.17 utk 1km





standby money RM1000 for every 10k or 1.5 years.
thats for later on bila mileage dah tinggi macam 20k, 30k, 40k nak kena ada major servicing tu. example like valve clearance, top overhaul, full overhaul, service throttle body, rantai, etc..
also must standby that money kalau motor tiba2 buat hal. it happens. nk kna tukar o2 sensor la, remap la, ets sensor la, klac sensor la, cable clutch, throttle putus la etc...

kalau guna seminggu 120km, sebulan 480km,
so (0.17 x 480 x 12) + rm580(insurans & Roadtax) = rm1559 setahun (termasuk petrol & maintenance)
for 1 year = 5760km
for 1.5 years 8660km
for 2 years 1152km kena add rm1000 for standby
so rm2152 in 2 years

kalau guna seminggu 300km, sebulan 1200km,
so (0.17 x 1200 x 12) + rm580(insurans & Roadtax) = rm1792 setahun (termasuk petrol & maintenance)
for 1 year = 14,400km kena add rm1000 standby
so rm2792 in a year


jadi kalo seminggu guna 400km, sebulan 1600km so 1600 x 0.17 = rm326 sebulan (termasuk petrol & maintenance)
so (rm272 x 12bulan) + rm580(insurans & Roadtax) = rm3844 setahun.
for 1 year = 19,200km (almost 20k kena add up rm2000)
so rm5844 in a year


jadi kalo seminggu guna 500km, sebulan 2000km so 2000 x 0.17 = rm272 sebulan (termasuk petrol & maintenance)
so (rm272 x 12bulan) + rm580(insurans & Roadtax) = rm4660 setahun.
for 1 year = 24,000km kena add up rm2000
so rm6660 in a year


im sorry if you dont quite understand this. tak reti nak explain bagi you all faham. tapi you get the concept right? ini adalah perkiraan kasar saja.. of you have inquiries can comment. nak tanya apa2 jgn segan2 nak tanya kt komen ya. ill try to reply. kita kongsi dan share. aku takda la terrer mana, tapi tu lah, nak habaq ja kt hngpa smua psal blade ni.. hehe











Sunday, March 13, 2016

AFZ Performance grand opening. Moto aku tak boleh start pulak!

Assalammualaikum
hello yaw~
today's entry about bengkel pakar blade utara, bro Fathi, AFZ Performace
And unfortunately, my bike wont start! damn!! @_@




That morning i was ready to go. With riding gear on, when i switch on the key, no fuel pump sound like normal. the killswitch is on. try to toggle it on/off a few times nothing. try to start, ada bunyi crank start, but the engine wont start. tried to on and off the key, still the sane result. weird.
asked around in whatsapp group, some people say its battery.
only yesterday morning i was using the bike, ok je. yes its true that i rarely use the bike, and the battery already 15 months (never change it since buy it at NOV 2014) but just yesterday morning ada ride. ok je. start pun senang sekali saja. very weird.

lucky my sis at home and she didnt plan to go anywhere. so asked her to bring me to AFZ anyway. makan sikit and beli batery. while eating and mingling with other fellow bikers, tried to asked them the prob. one of them suggested maybe its fuel pump relay because no sound after turning on the key. well, might as well try it, sbb alang2 dah beli bateri, beli je la relay just in case. murah je pun rm30.

AFZ dah ada mesin dyno. igt nak dtg sni nak tuka plug cap & remap kalo bleh, tapi dah jadi gini xleh la.
kt sana rmai ada. dari bladers penang ada bro lan, naz, nazrul etc. ada ashraf hong sun, dan lain2. ho ho....











lpas makan balik. thought of settling the problem early.
im not good in DIY stuff. ive never repaired anything. moto kriss tu pun tak pernah godek2, hatta basikal sekali pun. hantaq kt org ja. so i was planning to find mana2 pomen kedai moto berdekatan,and upah him to come to the house and install the battery. But i dont know why i just proceed to do it myself. myb because i wanted to try the relay first. i remove the seat and open the cover.
they say the relay all same wan. there are no indicators which one is it. so i tried to try and error. somebody  it whatsapp told me, maybe its number two from right. so i try that one. cabut yg lama and replace with new one. on kunci, bunyi fuel pump. wow. looking good. tekan start, and it worked! my bike start!! fuyooo... alhamdulillah. i cant believe it. i did not.
i know la its not a big deal to some of you, sbb senang je. but for me, its something wor!!
gila, xpernah buat apa2 repair or DIY ni, bila buat jadi. syok la....



beli bateri ratus, alih-alih relay rm30 punya pasai
but, the battery is due gak la. 15 months. mybe its time oso la. but later oni replace. will ask any pomen nearby to come and change it.

and that concludes today's entry
thanks for reading yaw
cheers~

Thursday, December 17, 2015

cable throttle putus!

Assalammualaikum all
hari ni nak bagitahu first ever breakdown tgh jalan. reason: cable throttle



otw balik dari ofis baru masuk highway cable throttle putus tgh jalan. tiba2.
aku berhenti tepi dan terus call abg fathi. dia ckp dia hantar pekerja dia. msa tu pukul 6suku ptg
aku tggu smpai pukul 7.10 baru dia smpai. biasalah, dia dari sg petani utara, aku msa tu baru je lepas tol sg dua arah utara. sikit lg nk smpai exit bertam. kepala batas.




ada la minor issue sikit masa tukar tu. cable keras la, fairing ssh nak masuk la.. tapi last dpt gak. dgn gelap, nasib baik aku ada lampu powerbank. tapi sebab msa tu buat tgh kalut & gelap, jd pemasangan kurg sempurna. so, weekend ni nk kena buat semula. rm100 semua sekali. xkisah pon. janji nk selamat aku je utk ptg tu. nk bagi elok kendian. jadi aku boleh balik rumah dan motor aku selamat kt rumah. kalut woo tak solat mghrib lagi. siap semua skali dlm kul 7.45. dah gelap giler dah. masa bwk pun xberani bwk laju sbb throttle tu rasa lain. pulas rasa ketat. enjin xsmooth. nasib la umah aku dekat je. sempat la.

dan aku igt alang2 dah hantar tu nk buat skali accesories lampu & voltmeter yg aku ckp nk buat tu. so kena la hantar moto smggu kot. kalo tidak plan nak hantar bulan 1. tp xpe la. alang2. lgpn nk mula2 xnk hntar awal sbb igt nk g ride dgn pakcik aku sorg tu. dia pkai versys duduk chemor. tapi bulan ni dia xfree. lgpun bln 1 tu takut kalut sbb ada kenduri.


aku kena bersedia utk benda2 mcmni akan berlaku. bnyk hal lagi mcm cable clutch, bateri, rectifier, coil magnet, sensor problem etc... nasib baik la  ada AFZ performance, kedai abg fathi. kalau tak, xtahu la aku cemana. bukan sng nak cari org rescue, yang ada spare parts, yang tahu buat blade ni.
ape pun alhamdullillah


Tuesday, December 15, 2015

Blade dah menunjukan simptom-simptom kecil problem

Assalammualaikum kawan
so spt tajuk tu, Naza Blade 250gtr yg haku pakai setahun ni dah mula menunjukkan simptom2 problem

benda kecik je, but its still something yg not good la kan

yang pertama : Enjin
kalau park kt luar, kena hujan, bila start mesti rpm xmenentu. perubahan xbnyk tapi ada sikit
so bila bwk dlm hujan lepas keluar parking tu xbrapa smooth. kita maintain throttle tp dia kejap laju kejap slow. sikit je besa, tp ada rasa. tapi lepas da panas sikit enjin tu, xde masalah la
nak kata plug cap bukan, sbab cuma jadi bila parking kt luar waktu hujan, dan bila baru start. once enjin dah running, dah panas xjadi dah. so xtau punca. dulu xjadi pun mcmtu.

yang kedua : susah nak start
kdg2 bila lepas on kunci, tekan start. nothing. xde bunyi pun. as if mcm xon kunci atau starter rosak. tapi yang lain normal, meter menyala, dgr bunyi fuel pump etc. on off, on off, tarik klace lepas, tarik, godek2 sket baru boleh. kadang sampai 4,5 kali buat sampai seminit lebih. susah tu. xgerak lagi xpe, tapi kalo la termati enjin masa kat simpang ke, tak ke naya tu.
utk bab tu aku xsure apa masalah dia. tapi ada la sekali tu aku isi minyak sampai penuh melimpah. waktu tu mmg xleh start. bila tekan start dia bunyi starter tu "sret" sekali je. lepas tu xde dah. tapi meter jalan, fuel pump pun dgr. turns our kalo injection mmg xleh isi sampai melimpah nnt xleh start.
xpe lah, tp xtahu la ade kaitan ke tak dgn xboleh start biasa2 ni sebab sejak tu yg jadi susah start. tapi dah mmg xpernah isi penuh dah. so masih lg xtahu apa punca.

mungkin takde kaitan. clutch sensor barangkali. sbb nk kena adjust clutch tu baru bleh start. sbb ada org sruh try masa tekan starter tu clutch tu release sikit slow2. buat mmg jadi. boleh start everytime.
taktahu lah. bateri kiranya dah cukup setahun dah. tapi xmungkin bateri sbb ramai je pakai smpai setahun lebih, dua tahun. taktahu, weekend ni mmg nk kena bwk ke abg fathi AFZ Performance di Sungai Petani.


oklah gais
nnt kita sembang lagi
chow


Saturday, November 14, 2015

sepanjang setahun guna blade 250gtr

Assalammualaikum all
so post kali ni asih lagi psal moto
hehe sori la ye kalo bnyk sgt citer psal moto blade ni. i know its boring to some, but i just wanted to share

Here i wanted to tell you about how my bike doing and how i take care of it. also to show stuff that i had gotten so far. so heres the list, it goes the chronology of the item form the first i bought to the latest item.

this is the riding gear that i have. dah pernah tunjuk dulu, tapi haritu bulan 1 beli riding boot. medium high cut. kalis air. murah je ni yg polis punya. kalo ori dlm 200, ni tiruan dlm rm170 je beli kt paasar mlm. memula jenuh cari bnyk tmpat, kedai moto, kedai kasut, kedai outdoor semua takde. balik hampa, singgah pasal mlm nk beli mkanan, tup2 terjumpa, beli terus. im so lucky. to get this boot and also help support the pasar malam vendors. :)





this is rock oil chain lube. orang kata ok. tapi bagi aku xok. dia cepat kering. mcm nk kena spray setiap 2,3 mggu. weekly motor ni gerak 120-150 km more or less. cepat kering, lepas tu minyak jadi beku, berketul, keras dan liat. skali tu hntar g bike wash, cuci rantai brader tu tegur, lama xcuci motor ke minyak rantai dah keras dan liat. jadi lepas ke kedai tu dok trfikir nak tukar. msa tu dah pkai dlm 6 bulan lebih. silkolene mahal sgt. rm 50. rock oil ni baru rm35. beli kt kedai moto. skrg pkai waxco ni. kt mana2 pun ada. beli kt sunshine. rm 10.60 je. tapi utk sementara. nk beli yg elok pnya lepas ni. msih lg dlm research. kalo nk jimat boleh, pakai je minyak itam yg dah guna. haritu msa servis kriss tu lupa pulak nk mintak dia simpankan.
oh you should never ever use WD40 utk lube. jangan. no! WD40 will dissolve minyak yg dah sedia ada dlm o ring chain tu. lagi dia cepat rosak.



another riding gear. helmet KHI. just in case kalo nk bwk pillion or nak selang seli dgn helmet LS2. ye lah helmet ls2 mahal, xkan nk belasah pakai hari2. besides, fullface helmet ni fov(field of view) dia narrow. so xnmpak kalo kita nk double check view blakang lepas tgk side mirror. mmg xnmpk. sbb tu prefer pkai yg bukan fullface, tambah2 lalu jln jamm cth ulang alik g keje. sbb kita tgk bleakang guna ekor mata kita. with fullface you cant do it...




one more for my riding gear, this is 5.11 tactical half glove. boleh pakai utk ride. setakat dekat2 ni naik kejap2 pakai ni. kdg2 guna g keje gak. ni pun tiruan. beli online rm35
suka pakai sbb ringan, senang simpan, tapi xde padding. kalo ride lama cepat sakit tapak tangan


mcm gitew pakainyer. ignore the ice cream okay? :)


ni legbeg. waterproof. beli online. rm110 trmasuk pos. kena pakai sbb fon, wallet semua xmuat masuk poket. tambah pkai jeans ketat, perut boroi kena tank, peha besar gemuk... ahahahahahaaaa XD


mcm gitew pakainyer


this is paddock stand. the most expensive so far. online jugak rm190 inlcuding postage
this is important. its used to lube the chain and clean the chain. dulu masa tadak paddock stand, kena tolak sikit2 la moto kalo nk spray lube. cuci rantai mmg tak lah. hahahaa










this is chain cleaner & chain brush. 2 bottle with brush rm110 with postage
dia kata spray 5 kali dah cukup utk sekali basuh.. aku spray berbelas kali kot...
msa first time cuci, kesan minyak rock oil yg lama tu xhilang btul2. cuci kali kedua aku letak kaw2 banyak. then let it settled for 10 mins. lepas tu baru basuh & bilas. mmg bnyk mnyak keluar. too much i think. takut dia dissolve minyak dlm o ring chain tu sbb pakai bnyk kot chain cleaner, siap biar 10 minit lagi. bygkn la 2 kali basuh stgh botol habis. lepas tu, tu yg beli chainlube waxco ni nk cepat2 letak balik takut rantai rosak. yg rock oil tu ada lagi tp tobat xmo guna dah. lol






okeh, cerita dia cmni. aku cerita dari awal. aku sejak awal lagi aku pkai chain lube rock oil. yg foam. aku xde la masa nak beli tu cari spesifik brand ni, cuma msa g kedai megafortune kt bandar perda dkt dgn ofis aku tu ada 2 je chain lube. satu rock oil tu, satu lagi jenama silkolene. sbb silkolene mahal rm50, brbnding rock oil 30, so aku amek la rock oil. lgpn org xkp xkisah sgt brand dan jenis asalkan ada.

lpas da beli aku pkai la kan. sambil2 tu tnya la kt group whatsapp psal minyak ni. ada org ckp cepat kering dan selalu kena lube. aku xkisah la kan. tp msa guna tu aku mmg perasan dia mcm cepat kering, so aku pun lube la dlm stiap 2 mggu(lbih kurg 260-300km) . aku mmg pelik mcm selalu sgt nk kena letak. tp fkir xkisah la sbb org mmg ckp cpt kering. aku pun continue letak stiap 2mggu mcmtu. letak bnyk la tu.

so lpas berbulan2 akhirnya aku ada jumpa satu bike wash kt SP utara. so aku pun g la nk basuh. sblum ni basuh sndri je. xde la thoroughly. basuh gitu2 je. masa nk g tu aku mmg target nk basuh rantai. lpas diorg basuh tu pekerja tu tegur dah lama xcuci motor ye bang. minyak rantai da keras & liat. ssh nak hilang. tp dah ok sikit. skali lagi basuh nnt hlg la kot. aku dah agak dah. segan pulak aku ngn brader tu. xpe la. lpas tu aku tau la yg brand lube aku beli tu xbagus sgt. sbb mmg bleh rasa dia melekit sgt2. kalo tiap2 kali masa lock sprocket moto tu mesti lekat kt tangan. kt padlock tu lagi la. so aku pun beli la chain cleaner skali ngn brush tu. aku basuh la rantai tu. memula aku basuh mcm xkeluar sgt.





lepas tu bila aku nk basuh lg skali tu aku basuh tantai kaw2 punya. spray banyak2. biar 10 minit dia resap, lpas tu gosok dgn brush tu betul2. sambil2 basuh tu tmbah lagi cleaner. mmg betul2 keluar segala daki ktor ngn minyak. hitam sungguh. lepas tu aku biar dia kering. msa biar dia kering tu, kt porch tmpt aku letak moto situ bocor. bila hujan mmg direct menitik kena kt moto, dan plg tepat kena kt sprocket. semalaman hujan. esok pagi aku tgk rantai dah ada kesan karat sikit.




xcuak kaw??!! jenuh. aku pun kelam kabut cari minyak waxco kt sunshine sbb dlu sblum beli rock oil lube tu ada nmpk bnda ni, tp xbeli la. lepas beli balik trus sembur. tp xjadi ape pun. sembur bnyk pun xilang. mlm tu hujan lagi. semalaman. pagi lpas tu, sblum g keja spray lagi waxco. tp xjadi apa. parking ptg tu kt opis hujan. balik hujan lebat. msa kt opis tu aku ada la post kt fb nk tanya nk buat cmna, bnyk la org bg suggestion. tp xdpt nk buat sbb xleh sggh bli brg2 tu sbb hujan lebat sgt.










smpai umah, malam tu aku gosok rantai ngn waxco tu tadi. alhamdulillah hilang. sbb karat tu on the surface aje. aku suspect sbb boh bnyk sgt chain cleaner tu la, lps tu plak biar dia tggu 10 minit, mybe dia dah masuk dlm o ring dan dissolve minyak yg ada dlm tu. so skrg aku dah tahu la cmna nk buat. lpas cuci letak lagi waxco. dan letak skit rock oil lube tu. wlpun dia nmpk mcm xbgus sbb pekat likat & cpat kering, susah basuh mcm kalis air, tp tu la guna dia. supaya minyak xmudah hilang bila kena air. huhu
so from my experience, i learned that
invest on good quality chain lube.
if use cheap one, make sure you know what to do. check, maintained, lube and cleaned regularly
apply the lube like every 3, 4 days or  250km. paling koman pun lepas 5 hari atau 350km(depends)
clean the chain after 2 weeks or 500km. paling tidak pun 3 weeks or 600km.(depends)



so thats it for now
thanks for reading
chow!~